MAZMUR 149 - Today's Malay Version 1996

Lagu Pujian

1Pujilah TUHAN!

Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN;

pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!

2Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu;

bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!

3Pujilah nama-Nya dengan tarian;

pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

4TUHAN berkenan kepada umat-Nya;

Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.

5Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang,

dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam.

6Hendaklah mereka memuji Allah dengan bersorak-sorak,

sambil memegang pedang yang tajam

7untuk mengalahkan bangsa-bangsa,

dan menghukum rakyat mereka;

8untuk membelenggu raja-raja

dan merantai pemimpin mereka,

9untuk menghukum bangsa-bangsa menurut perintah Allah.

Itulah kemenangan umat Allah.

Pujilah TUHAN!

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help