2 SAMUEL 16 - Today's Malay Version 1996

Raja Daud dan Ziba

1 dan memberkati beta sebagai ganti kutuk itu.”

13Oleh itu Raja Daud dan anak buahnya meneruskan perjalanan, sementara Simei berjalan cepat mengikuti mereka di lereng bukit sambil mengutuki dan melempari mereka dengan batu dan tanah.

14Raja dan semua anak buahnya sangat letih ketika sampai di Sungai Yordan, lalu mereka berehat di situ.

Absalom di Yerusalem

15Sementara itu Absalom dan semua orang Israel yang mengiringinya memasuki kota Yerusalem, dan Ahitofel pun ada bersama-sama mereka.

16Apabila Husai, sahabat Raja Daud yang setia itu bertemu dengan Absalom, Husai berseru, “Daulat tuanku! Daulat tuanku!”

17Tetapi Absalom bertanya kepadanya, “Di mana kesetiaanmu kepada Raja Daud, sahabatmu? Mengapa kamu tidak ikut dengan baginda?”

18Husai menjawab, “Mana mungkin! Hamba memihak orang yang dipilih oleh TUHAN dan oleh semua orang ini, dan oleh semua orang Israel. Orang itulah yang hamba ikuti.

19Lagipun, kepada siapakah hamba mengabdikan diri, kalau bukan putera kepada tuan hamba? Sebagaimana hamba mengabdikan diri kepada ayahanda tuanku, begitu juga hamba akan mengabdikan diri kepada tuanku sekarang.”

20Kemudian Absalom berkata kepada Ahitofel, “Katakanlah apa yang harus kita lakukan.”

21Ahitofel menjawab, “Pergilah berseketiduran dengan gundik-gundik ayahanda tuanku, yang ditinggalkan untuk menunggui istana. Dengan perbuatan itu, semua orang Israel akan tahu bahawa tuanku sudah dianggap musuh oleh ayahanda tuanku, dan semua pengikut tuanku akan bertambah berani.”

222 Sam 12.11-12 Maka sebuah khemah dipasang untuk Absalom di atas atap istana yang rata itu. Kemudian dengan disaksikan oleh semua orang, Absalom masuk ke dalam khemah itu lalu berseketiduran dengan gundik-gundik ayahandanya.

23Pada masa itu setiap nasihat Ahitofel diterima dengan baik, seolah-olah semuanya firman Allah sendiri; baik Raja Daud mahupun Absalom menurut nasihat Ahitofel.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help