YUNUS Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996
Kata PengantarKitab Yunus berbeza daripada kitab-kitab nabi yang lain di dalam Alkitab kerana kitab ini menceritakan pengalaman Nabi Yunus ketika dia cuba membantah perintah Allah. Allah menyuruh dia pergi ke kota Niniwe, ibu kota kerajaan Asyur, musuh Israel. Tetapi Yunus tidak mahu pergi ke kota itu untuk menyampaikan perkhabaran Allah, kerana Yunus yakin bahawa jika orang Niniwe berhenti berbuat dosa, Allah tidak akan melaksanakan rancangan-Nya untuk menghancurkan kota itu. Akhirnya, selepas beberapa peristiwa yang mengesankan, Yunus mentaati perintah Allah. Tetapi kemudian Yunus bersungut kerana Niniwe tidak dihancurkan.Kitab Yunus menggambarkan kemutlakan kuasa Allah terhadap ciptaan-Nya. Tetapi terlebih pula, kitab ini menggambarkan Allah sebagai Allah yang penyayang dan berbelas kasihan; Allah yang lebih suka mengampuni dan menyelamatkan suatu bangsa daripada menghukum dan menghancurkannya, walaupun bangsa itu musuh umat-Nya sendiri.KandunganYunus Dipanggil tetapi Dia Tidak Taat 1.1-17Yunus Menyesal dan Diselamatkan 2.1-10Perkhabaran yang Disampaikan Yunus kepada Niniwe 3.1-10Pengampunan Allah kepada Niniwe 4.1-11