BILANGAN Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996

Kata PengantarKitab Bilangan menceritakan sejarah umat Israel selama hampir empat puluh tahun, sejak umat Israel meninggalkan Gunung Sinai sehingga mereka sampai di sempadan sebelah timur tanah Kanaan, iaitu tanah yang dijanjikan TUHAN kepada mereka. Nama kitab ini diambil daripada peristiwa yang paling penting dalam kitab ini, iaitu pembancian umat Israel. Banci pertama dijalankan oleh Musa di Gunung Sinai sebelum mereka meninggalkan tempat itu, dan banci kedua, satu generasi kemudian, dijalankan di Moab, di sebelah timur Sungai Yordan. Dalam jangka masa antara banci pertama dan banci kedua, umat Israel pergi ke Kades-Barnea di sempadan sebelah selatan tanah Kanaan, tetapi mereka tidak berjaya memasuki tanah Kanaan dari tempat itu. Selepas mereka tinggal di kawasan itu selama bertahun-tahun, barulah mereka pergi ke sebelah timur Sungai Yordan. Sebahagian daripada umat Israel tinggal di situ, sedangkan yang lain bersiap untuk menyeberangi Sungai Yordan dan pergi ke tanah Kanaan.Kitab Bilangan adalah kisah satu umat yang kerap kali takut dan putus asa apabila menghadapi kesusahan. Mereka memberontak terhadap Allah, dan juga terhadap Musa, orang yang dilantik oleh Allah untuk memimpin mereka. Kitab ini mengisahkan tentang bagaimana Allah dengan setia dan tekun memelihara umat-Nya, walaupun mereka lemah dan tidak taat. Kitab ini juga mengisahkan tentang Musa, yang mengabdi dengan tekun, baik kepada Allah mahupun kepada umat Israel, walaupun ada kalanya Musa kurang sabar.KandunganUmat Israel Bersedia Meninggalkan Gunung Sinai 1.1—9.23

a. Banci Pertama 1.1—4.49

b. Pelbagai Hukum dan Peraturan 5.1—8.26

c. Paska yang Kedua 9.1-23

Dari Gunung Sinai ke Moab 10.1—21.35

Peristiwa-Peristiwa di Moab 22.1—32.42

Ringkasan Perjalanan dari Mesir ke Moab 33.1-49

Petunjuk sebelum Menyeberangi Sungai Yordan 33.50—36.13

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help