1Allah berfirman,
“Bertenanglah dan dengarlah firman-Ku, hai penduduk negeri-negeri jauh!
Bersiaplah dan ajukanlah perkara kamu di mahkamah;
kamu akan diberikan peluang untuk bercakap.
Marilah kita tentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.
2Siapakah yang mendatangkan penakluk dari timur,
dan memberinya kemenangan ke mana sahaja dia pergi?
Siapakah yang memberi dia kemenangan terhadap raja-raja dan bangsa-bangsa?
Pedangnya menetak mereka seolah-olah mereka itu debu.
Panahnya mencerai-beraikan mereka seperti jerami yang ditiup angin.
3Dia mengejar mereka dan maju tanpa rintangan,
begitu laju sehingga hampir tidak menyentuh tanah!
4Siapakah yang membolehkan semua itu berlaku?
Siapakah yang menentukan sejarah?
Aku, TUHAN adalah yang pertama,
dan Aku tetap ada sampai penghabisan.
5Penduduk negeri-negeri jauh telah melihat perbuatan-Ku;
mereka terkejut dan gementar ketakutan.
Oleh itu mereka semua datang dan berkumpul.
6Semua orang saling menolong,
dan saling menguatkan hati.
7Tukang kayu menguatkan hati tukang emas,
dan orang yang memipihkan logam dengan tukul,
memuji orang yang menempa logam pada landasan.
Mereka berkata tentang pematerian,
‘Sungguh baik hasil kerja ini.’
Lalu mereka menguatkan patung itu dengan paku.
8
Aku akan menyebabkan dia melancarkan serangan dari utara.
Dia akan menginjak-injak para penguasa seolah-olah mereka lumpur,
seperti tukang periuk menginjak-injak tanah liat.
26Siapakah antara kamu pernah meramalkan perkara ini,
supaya kami tahu bahawa ramalan kamu tepat?
Tiada sesiapa pun antara kamu yang meramalkan hal ini!
Tiada seorang pun mendengar kamu mengatakan apa-apa!
27Aku TUHAN, Akulah yang pertama memberitakan hal itu kepada Sion;
Aku menghantar utusan ke Yerusalem untuk menyampaikan berita baik,
‘Lihatlah bangsa kamu datang! Lihatlah mereka pulang!’
28Apabila Aku memandang dewa-dewa itu,
tiada yang mengatakan apa-apa,
tiada yang dapat menjawab pertanyaan-Ku.
29Semua dewa itu tidak berguna,
tidak dapat berbuat apa-apa.
Dewa-dewa itu patung sahaja,
lemah dan tidak berdaya.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.