YESAYA 34 - Today's Malay Version 1996

Allah Akan Menghukum Musuh-Nya

1Marilah, hai semua bangsa! Berkumpullah dan dengarlah! Hendaklah seluruh bumi dan setiap orang yang mendiaminya datang dan mendengar.

2TUHAN murka terhadap semua bangsa dan angkatan tentera mereka. Dia akan menghukum dan membinasakan mereka.

3Mayat mereka tidak akan dikebumikan, tetapi dibiarkan membusuk. Gunung-gunung akan menjadi merah kerana dibanjiri darah.

4

13Semak dan rumput berduri tumbuh di dalam semua istana dan kota yang bertembok. Serigala dan burung unta tinggal di sana.

14Binatang liar akan berkeliaran, hantu bersahut-sahutan dan hantu malam akan datang mencari tempat berehat.

15Di sana burung hantu membuat sarangnya, bertelur, menetaskan telurnya, dan memelihara anak-anaknya. Burung nasar pun berkumpul dengan pasangannya.

16Carilah di dalam kitab TUHAN dan bacalah. Tiada satu pun daripada semua makhluk itu akan hilang atau tanpa pasangan. TUHAN telah menetapkannya, dan Dia sendiri akan mengumpulkan semua makhluk itu.

17Yes 63.1-6; Yer 49.7-22; Yeh 25.12-14, 35.1-15; Am 1.11-12; Ob1-14; Mal 1.2-5 TUHANlah yang akan membahagikan tanah antara makhluk itu; setiap makhluk akan mendapat sebahagian, lalu tinggal di tanah itu berzaman-zaman serta memilikinya selama-lamanya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help