1 Orang bodoh tidak tahu menghargai hikmat dan tidak mahu belajar.
8Hai anakku, perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu.
9Ajaran mereka akan menambah budi pekertimu seperti hiasan kepala dan kalung mempercantik rupamu.
10Anakku, jika kamu digoda oleh orang berdosa, jangan ikut pujukan mereka.
11Seandainya mereka berkata, “Marilah kita mencari orang dan membunuh mereka. Marilah kita menyerang orang yang tidak bersalah sekadar untuk bersuka-suka!
12Sekarang mereka hidup dan sihat, tetapi mereka akan mati apabila kita sudah mengerjakan mereka.
13Kita akan mendapat dan mengambil segala jenis kekayaan mereka, lalu memenuhi rumah kita dengan barang rampasan!
14Marilah ikut kami, kita akan berkongsi hasil curian kita!”
15Anakku, jangan ikut orang yang demikian. Jauhkan dirimu daripada mereka.
16Mereka tidak sabar lagi untuk melakukan kejahatan. Mereka ingin cepat-cepat membunuh orang.
17Tiada gunanya memasang jerat di depan mata burung yang hendak ditangkap,
18tetapi orang jahat seperti itu memasang perangkap bagi diri mereka - perangkap yang akan membinasakan mereka.
19Orang yang mencari nafkah dengan keganasan akan membayarnya dengan nyawanya sendiri.
Suara Hikmat20Dengarlah! Hikmat sedang berseru di jalan raya dan di pasar,
21Ams 8.1-3 memanggil orang dengan suara yang lantang di pintu gerbang dan di mana-mana sahaja orang berkumpul:
22“Hai orang bodoh! Berapa lama lagi kamu hendak menjadi bodoh? Berapa lama lagi kamu akan mengolok-olokkan pengetahuan? Bilakah kamu mahu belajar?
23Dengarlah apabila aku menegur ajar kamu. Aku akan menasihatkan kamu, dan membahagikan pengetahuanku kepada kamu.
24Aku memanggil dan menjemput kamu datang tetapi kamu tidak mahu mendengar. Kamu tidak mempedulikan aku.
25Kamu mengabaikan semua nasihatku dan tidak mahu menerima tegur ajarku.
26Oleh itu, apabila kamu susah kelak, aku akan mentertawakan kamu. Aku akan mengejek kamu apabila kamu ditimpa kengerian.
27Kengerian itu akan datang seperti angin ribut yang membawa bencana, dan kamu akan kesakitan dan menderita.
28Pada waktu itu kamu akan memanggil aku, tetapi aku tidak akan menjawab. Kamu akan mencari aku di merata-rata tempat, tetapi tidak akan menjumpai aku.
29Kamu membenci pengetahuan dan tidak mahu taat kepada TUHAN.
30Kamu tidak pernah mahu menerima nasihatku atau mempedulikan tegur ajarku.
31Oleh itu, kamu akan menerima nasib yang setimpal dengan kelakuan kamu, dan kamu akan merasai akibat perbuatan kamu.
32Orang yang kurang pengalaman, mati kerana menolak hikmat. Orang bodoh binasa kerana mengabaikan hikmat.
33Tetapi sesiapa yang mendengarkan aku akan selamat. Dia hidup dengan aman dan tidak perlu takut.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.