1 telah Kuberikan kepadanya,
dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa.
2Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya,
dan suaranya tidak akan terdengar di jalan.
3Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai,
ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip.
Dia akan mendatangkan keadilan kepada semua orang.
4 dan semua isinya,
bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh!
11Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah;
hendaklah orang Kedar memuji Dia!
Hendaklah penduduk kota Sela
bersorak-sorak dari puncak-puncak gunung!
12Hendaklah orang yang tinggal di negeri-negeri jauh
memuji dan memuliakan TUHAN!
13TUHAN maju berperang seperti seorang pahlawan
yang penuh semangat untuk berperang.
Dia memekik sebagai isyarat perang;
Dia menunjukkan keperkasaan-Nya terhadap musuh.
Allah Berjanji untuk Menolong Umat-Nya14Allah berfirman, “Sudah lama Aku membisu;
Aku diam dan menahan diri.
Tetapi sekarang tibalah saatnya untuk bertindak;
Aku akan berteriak seperti perempuan yang hendak bersalin.
15Aku akan membuat gunung dan bukit menjadi tandus,
dan melayukan segala tumbuhan dan rumputnya.
Aku akan mengubah sungai di lembah menjadi padang gurun,
dan mengeringkan kolam-kolam air.
16Aku akan memimpin umat-Ku yang buta
melalui jalan yang belum pernah dilalui mereka.
Aku akan mengubah kegelapan mereka menjadi cahaya,
dan meratakan jalan yang berlekak-lekuk bagi mereka.
Itulah hal-hal yang akan Kulakukan,
Aku pasti melaksanakan segala-galanya.
17Semua orang yang percaya kepada berhala,
dan menganggap patung-patung sebagai dewa
akan dihinakan dan dipermalukan.”
Israel Masih Tidak Insaf18TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai orang pekak!
Lihatlah baik-baik, hai orang buta!
19Adakah sesiapa yang lebih buta daripada hamba-Ku,
atau lebih pekak daripada utusan-Ku?
20Hai Israel, begitu banyak yang telah kamu lihat,
tetapi alangkah sedikit yang kamu fahami.
Kamu mempunyai telinga,
tetapi kamu tidak mendengar.”
21TUHAN sentiasa ingin menyelamatkan;
Dia mahu hukum-Nya dihormati dan diagungkan.
22Tetapi sekarang umat-Nya telah dijarah,
mereka ditahan di dalam penjara bawah tanah,
dan dikurung di dalam penjara.
Mereka dirompak dan dijarah,
tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka.
23Mahukah sesiapa mendengar?
Mulai sekarang mahukah kamu mendengar baik-baik?
24Siapakah yang menyerahkan Israel kepada tangan musuh?
TUHAN sendiri, kerana kita telah berdosa terhadap-Nya!
Kita tidak mahu hidup menurut kehendak-Nya
ataupun mentaati ajaran-Nya.
25Oleh itu Dia membiarkan kita merasakan kemurkaan-Nya,
dan menderita keganasan peperangan.
Seperti api, kemurkaan-Nya membakar seluruh Israel,
namun kita tidak memahami apa yang telah berlaku;
kita tidak belajar daripada pengalaman itu.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.