KIDUNG AGUNG 8 - Today's Malay Version 1996

1Alangkah baiknya jika engkau saudaraku,

yang disusui oleh ibuku sendiri,

supaya apabila aku menemui engkau di tengah jalan,

aku boleh mencium engkau, dan tidak sesiapa pun menghina aku.

2Aku akan membawa engkau ke rumah ibuku,

dan engkau akan mengajar aku bercinta.

Aku akan memberi engkau minum wain campur

dan air buah delimaku.

3Tangan kirimu menopang kepalaku,

dan tangan kananmu membelai aku.

4Berjanjilah,

hai puteri-puteri Yerusalem,

bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.

Nyanyian KeenamWanita-Wanita

5Siapakah dia yang datang dari padang gurun,

bersandar pada kekasihnya?

Wanita

Aku membangunkan engkau di bawah pokok epal,

di tempat engkau dilahirkan.

6Jadikanlah aku buah hatimu;

jangan peluk sesiapa pun selain aku,

kerana cinta itu sekuat maut,

dan nafsu berkuasa seperti kematian.

Nyalanya seperti nyala api,

yang berkobar dengan dahsyat.

7Air yang banyak tidak dapat memadamkan cinta,

air bah tidak dapat menenggelamkannya.

Jika seorang memberikan segala hartanya untuk membeli cinta,

pasti hanya hinaan yang didapatinya.

Saudara-Saudara Lelaki Wanita

8Kami mempunyai seorang adik perempuan,

yang masih kecil buah dadanya.

Apakah yang harus kami buat

apabila pemuda datang meminangnya?

9Andaikata adik kami itu tembok,

kami akan membina sebuah menara perak di atasnya.

Tetapi jika dia itu pintu,

kami akan memasang palang kayu sedar padanya.

Wanita

10Aku ini tembok,

dan buah dadaku menaranya.

Kekasihku tahu bahawa bersama-sama dia,

aku bahagia dan sejahtera.

Lelaki

11Raja Salomo mempunyai ladang anggur

di Baal-Hamon.

Pekebun menyewa ladang itu daripadanya;

masing-masing membayar seribu mata wang perak untuk hasilnya.

12Raja Salomo menerima seribu mata wang perak,

dan pekebun mendapat dua ratus sebagai bahagian mereka;

tetapi aku mempunyai ladang anggurku sendiri!

13Biarlah kudengar suaramu dari ladang, hai sayangku;

sahabat-sahabatku sedang menunggu untuk mendengar suaramu.

Wanita

14Marilah, hai kekasihku,

datanglah seperti seekor kijang,

seperti anak rusa di atas gunung tempat tanaman rempah.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help