1 bagi kami untuk memimpin kami.”
2Harun berkata kepada mereka, “Tanggalkanlah anting-anting emas yang dipakai oleh isteri, anak lelaki, dan anak perempuan kamu, lalu bawalah semuanya kepadaku.”
3Oleh itu mereka semua menanggalkan anting-anting emas dan memberikan semuanya kepada Harun.
4 Mereka duduk untuk makan dan minum, lalu bangkit untuk berpesta liar.
7TUHAN berfirman kepada Musa, “Cepatlah turun kerana umatmu yang engkau pimpin keluar dari Mesir telah berdosa dan menolak Aku.
8Mereka telah menyimpang daripada perintah-Ku. Mereka telah membuat sebuah patung lembu daripada emas leburan, lalu menyembahnya; mereka juga mempersembahkan korban kepadanya. Mereka berkata bahawa itulah tuhan mereka yang telah memimpin mereka keluar dari Mesir.
9Aku tahu betapa degilnya umat itu.
10Sekarang, janganlah halang Aku. Aku murka terhadap mereka dan hendak membinasakan mereka. Tetapi Aku akan menjadikan engkau dan keturunanmu satu bangsa yang besar.”
11Tetapi Musa merayu kepada TUHAN, Allahnya dan berkata, “Ya TUHAN, mengapakah Engkau begitu murka terhadap umat-Mu yang telah Engkau bebaskan dari Mesir, dengan kuasa dan kekuatan yang besar?
12Jika Engkau membinasakan mereka, orang Mesir akan berkata bahawa Engkau membawa mereka keluar dari Mesir justeru untuk membunuh mereka di pergunungan dan membinasakan mereka sama sekali. Janganlah murka lagi, ubahlah niat-Mu dan janganlah timpakan bencana ini kepada umat-Mu.
13 sebagai imam yang mengabdi kepada TUHAN, dengan membunuh anak lelaki kamu dan saudara-saudara kamu; maka TUHAN memberikan berkat-Nya kepada kamu.”
30Keesokan harinya, Musa berkata kepada orang Israel, “Kamu telah berdosa besar. Tetapi aku akan naik ke gunung itu lagi untuk menghadap TUHAN; mudah-mudahan aku boleh mendapatkan pengampunan bagi dosa kamu.”
31Musa kembali menghadap TUHAN dan berkata, “Umat itu telah melakukan dosa besar. Mereka telah membuat tuhan daripada emas dan menyembahnya.
32Mzm 69.29; Why 3.5 Ampunkanlah dosa mereka; jika tidak, hapuskanlah namaku dari kitab yang Engkau tuliskan dengan nama-nama umat-Mu.”
33TUHAN menjawab, “Hanya orang yang telah berdosa terhadap Aku akan Kuhapuskan namanya dari kitab-Ku itu.
34Pergilah sekarang, dan bawalah umat itu ke tempat yang telah Aku sebut kepadamu. Ingatlah, malaikat-Ku akan memimpin engkau, tetapi akan tiba masanya apabila Aku akan menghukum umat ini kerana dosa mereka.”
35Kemudian TUHAN mendatangkan penyakit kepada umat itu, kerana mereka telah memaksa Harun membuat patung lembu daripada emas.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.