1Kemudian Hana berdoa,
“TUHAN menggembirakan hatiku;
alangkah bahagianya aku,
kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku.
Sekarang aku mentertawakan musuhku;
alangkah sukacitanya aku
kerana Allah sudah menolong aku.
2Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN;
Dia tidak ada tandingan;
hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.
3Hentikanlah cakap besarmu,
jangan keluarkan cakap angkuh.
Oleh sebab TUHAN itu Allah Yang Maha Tahu,
Dia menghakimi segala perbuatan orang.
4Busur askar yang perkasa sudah patah,
tetapi orang yang lemah menjadi perkasa.
5Orang yang dahulu kenyang,
sekarang harus bekerja untuk mencari makan;
tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang.
Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak,
tetapi ibu yang mempunyai banyak anak,
ditinggalkan dan dibiarkan merana.
6TUHAN mematikan manusia,
Dia juga menghidupkan mereka.
Dia menghantar manusia ke dunia orang mati,
dan Dia juga membawa mereka kembali.
7TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa,
dan menjadikan yang lain kaya.
Dia merendahkan sebilangan orang,
dan meninggikan yang lain.
8Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan,
Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan.
Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat,
dan diberikan tempat yang terhormat.
Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN,
di atas asas itu, Dia mendirikan dunia.
9Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia,
tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita.
Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya.
10 ketika meminta petunjuk daripada-Ku. Aku memberi mereka hak untuk mengambil sebahagian daripada korban yang dibakar di atas mazbah.
29Tetapi mengapakah engkau masih tamak melihat persembahan dan korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku? Mereka mempersembahkan semuanya kepada-Ku menurut perintah-Ku kepada mereka. Hai Eli, mengapa engkau lebih menghormati anak-anakmu daripada menghormati Aku, dan membiarkan mereka menggemukkan diri dengan bahagian terbaik daripada setiap korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku?
30Aku TUHAN, Allah Israel, dahulu telah berjanji bahawa keluarga dan puakmu akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam untuk sepanjang masa. Tetapi sekarang Aku tidak menghendaki hal itu lagi! Sebaliknya, mereka yang menghormati Aku akan Kuhormati, dan mereka yang menghina Aku akan dihina.
31Dengarlah, akan tiba masanya Aku membunuh semua orang lelaki daripada keluarga dan puakmu, sehingga tiada seorang lelaki pun daripada keluargamu yang akan hidup sampai usia lanjut.
32Engkau akan sedih dan iri hati melihat segala berkat yang akan Kuberikan kepada orang lain di Israel, sedangkan dalam keluargamu sendiri semua orang akan mati muda.
33Namun, seorang daripada keturunanmu akan Kubiarkan hidup, dan dia akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam. Tetapi dia akan menjadi buta dan hidup dengan putus asa. Semua keturunanmu yang lain akan dibunuh dengan kejam.
341 Sam 4.11 Apabila kedua-dua orang anakmu, Hofni dan Pinehas, meninggal pada hari yang sama, barulah engkau sedar bahawa semua yang Aku firmankan ini akan benar-benar berlaku.
35Aku akan memilih seorang imam yang setia kepada-Ku dan yang melakukan segala perintah-Ku. Aku akan memberi dia keturunan yang sentiasa bertugas sebagai imam kepada raja yang Aku pilih.
36Setiap keturunanmu yang masih hidup akan pergi kepada imam itu untuk minta wang dan makanan. Dia akan memohon supaya dibenarkan membantu para imam untuk mendapat makanan biar hanya sesuap.’ ”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.