1Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara.
2Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya.
3Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa. Setelah Dia memungkinkan manusia dibebaskan daripada dosa, Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi.
Keagungan Anak Allah4Anak itu mendapat kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada malaikat, dan nama yang diberikan oleh Allah kepada-Nya pun jauh lebih terhormat daripada nama-nama malaikat.
5 selama-lamanya!
Engkau memerintah umat-Mu dengan keadilan.
9 Mzm 45.7-8 Engkau suka akan keadilan,
dan benci akan kecurangan;
itulah sebabnya Allah, Allah-Mu, memilih Engkau
dan memberi Engkau kehormatan
yang mendatangkan kegembiraan yang jauh lebih besar
daripada yang diberikan-Nya kepada sahabat-sahabat-Mu.”
10Allah juga berfirman,
“Engkau, ya Tuhan, pada mulanya menjadikan bumi,
dan dengan tangan-Mu sendiri Engkau menjadikan langit.
11Semua itu akan lenyap,
dan menjadi usang seperti pakaian;
tetapi Engkau tidak akan berubah.
12 Mzm 102.26-28 Alam semesta Engkau lipat seperti jubah,
dan akan Engkau ganti seperti pakaian.
Tetapi Engkau tidak akan berubah,
dan hidup-Mu tidak akan berakhir.”
13 Mzm 110.1 Allah tidak pernah berfirman kepada malaikat-Nya yang mana pun begini,
“Duduklah di sebelah kanan-Ku,
sehingga musuh-musuh-Mu
Aku jadikan alas kaki-Mu.”
14Jika demikian, apakah sebenarnya malaikat-malaikat itu? Mereka roh yang berbakti kepada Allah, dan yang disuruh oleh-Nya untuk menolong orang yang akan menerima penyelamatan.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.