1 pengawal peribadi tuanku dan sangat dihormati oleh semua orang di istana.
15Memang hamba sudah bertanya kepada TUHAN baginya, tetapi itu bukanlah kali yang pertama. Tentang komplot terhadap tuanku, sekali-kali tidak! Tolong jangan tuduh hamba atau sesiapa pun anggota keluarga hamba. Hamba tidak tahu-menahu tentang hal itu!”
16Raja bertitah, “Ahimelekh, kamu dan semua anggota keluargamu mesti mati.”
17Selepas itu Raja Saul memberikan perintah kepada para pengawal yang berdiri di sisinya, “Bunuhlah imam-imam TUHAN ini! Mereka sudah berpakat dengan Daud, dan tidak memberitahu beta bahawa Daud sudah melarikan diri, walaupun mereka tahu selama ini.” Tetapi para pengawal itu tidak mahu membunuh imam-imam TUHAN itu.
18Oleh itu Raja Saul bertitah kepada Doeg, “Engkau bunuhlah mereka!” Lalu Doeg membunuh semua imam itu. Pada hari itu dia membunuh lapan puluh lima orang imam yang berlayak memakai efod.
19Raja Saul juga memerintah supaya segenap penduduk Nob, kota imam itu, dibunuh semuanya, termasuk lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, dan juga lembu, keldai, serta domba.
20Tetapi Abyatar, salah seorang anak Ahimelekh, berjaya melarikan diri. Dia pergi kepada Daud,
21lalu memberitahu Daud bahawa Raja Saul telah membunuh imam-imam TUHAN.
22Daud berkata kepadanya, “Ketika aku nampak Doeg pada hari itu, aku tahu bahawa dia pasti akan memberitahu Raja Saul. Oleh itu, akulah yang bertanggungjawab terhadap kematian semua kaum keluargamu.
23Tinggallah bersama dengan aku dan janganlah takut. Raja Saul ingin membunuh kamu, tetapi baginda ingin membunuh aku juga. Oleh itu, kamu akan aman di tempatku.”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.