PENGKHUTBAH 7 - Today's Malay Version 1996

Fikiran tentang Hidup Manusia

1

15Sungguhpun hidupku sia-sia, aku telah nampak segala-galanya. Ada kalanya orang yang baik mati walaupun mereka baik. Ada kalanya orang yang jahat panjang umur walaupun mereka jahat.

16Oleh itu janganlah terlalu baik atau terlalu bijak; mengapa membinasakan diri sendiri?

17Tetapi janganlah terlalu jahat atau terlalu bodoh; mengapa mati sebelum waktunya?

18Hindarilah kedua-dua hal yang keterlaluan itu. Jika kita menghormati Allah, tentu kita akan berjaya.

19Hikmat menjadikan pemiliknya lebih perkasa daripada sepuluh orang penguasa di sebuah kota.

20Di bumi tiada seorang pun yang selalu berbuat baik dan tidak pernah melakukan kesalahan.

21Jangan pedulikan segala kata orang. Mungkin kamu mendengar hambamu mengutuk kamu,

22dan kamu tahu bahawa kamu sendiri pun kerap kali mengutuk orang lain.

23Aku menggunakan hikmat untuk menguji segala hal itu. Aku bertekad untuk memperoleh hikmat, tetapi tidak dapat mencapainya.

24Bagaimanakah seseorang dapat mengetahui makna hidup? Hal itu terlalu dalam dan terlalu susah untuk difahami.

25Aku tekun belajar dan mencari pengetahuan supaya mendapat hikmat dan jawapan bagi pertanyaanku. Aku mencuba memahami bahawa kebodohan itu kejahatan dan kebebalan itu kegilaan.

26Aku mendapati hal ini lebih pahit daripada maut: Seorang wanita yang menggunakan cinta sebagai jala atau perangkap untuk menangkap mangsa; pelukannya seperti belenggu yang mengikat dengan erat. Orang yang melakukan kehendak Allah dapat melepaskan diri, tetapi orang berdosa akan ditangkapnya.

27Lihat, kata Si Pemikir: Aku mengetahui hal itu sedikit demi sedikit sedang aku mencari jawapannya.

28Aku telah mencari jawapan lain juga, tetapi tidak berhasil. Antara seribu orang, aku menemui seorang lelaki yang dapat aku hormati, tetapi antara mereka tiada seorang wanita yang dapat aku hormati.

29Hanya inilah yang telah kupelajari: Allah telah menjadikan kita jujur, tetapi kita sendiri yang berputar belit.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help