1 TAWARIKH 26 - Today's Malay Version 1996

Pengawal-Pengawal Rumah TUHAN

1Inilah pembahagian tugas untuk orang Lewi yang bertugas sebagai pengawal Rumah TUHAN. Daripada puak Korah, Meselemya anak Kore daripada keluarga Ebyasaf, dipilih.

2Meselemya mempunyai tujuh orang anak lelaki yang didaftarkan menurut urutan umur: Zakharia, Yediael, Zebaja, Yatniel,

3Elam, Yohanan, dan Elyoenai.

4Selanjutnya Obed-Edom dipilih. Dia diberkati oleh Allah dengan lapan orang anak lelaki. Mereka didaftarkan menurut umur: Semaya, Yozabad, Yoah, Sakhar, Netaneel,

5 diberi tanggungjawab mengurus harta benda Rumah TUHAN dan stor tempat menyimpan pemberian-pemberian untuk Allah.

21Ladan ialah anak lelaki Gerson; dia nenek moyang beberapa kumpulan puak, termasuk puak Yehiel anaknya.

22Anak-anak Yehiel, iaitu Zetam dan Yoel, diberi tanggungjawab mengurus stor-stor dan perbendaharaan Rumah TUHAN.

23Keturunan Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel pun mendapat bahagian tugas.

24Sebuel daripada puak Gersom anak Musa, ialah pengawas perbendaharaan Rumah TUHAN.

25Sebuel mempunyai hubungan keluarga dengan Selomit melalui Eliezer saudara Gersom. Inilah jurai keturunan Eliezer sampai kepada Selomit: Eliezer, Rehabya, Yesaya, Yoram, Zikhri, Selomit.

26Selomit dan sanak saudaranya bertanggungjawab mengurus semua pemberian yang dipersembahkan oleh Raja Daud, para ketua keluarga, para pemimpin puak, dan para panglima tentera.

27Sebahagian daripada barang jarahan yang diperoleh dalam pertempuran, dipersembahkan mereka untuk digunakan khas di dalam Rumah TUHAN.

28Selomit dan keluarganya bertanggungjawab mengurus segala sesuatu yang telah diberikan untuk digunakan khas di dalam Rumah TUHAN, termasuk segala persembahan yang telah diberikan oleh Nabi Samuel, Raja Saul, Abner anak Ner, dan Yoab anak Zeruya.

Tugas Orang Lewi yang Lain

29Keturunan Yizhar, iaitu Kenanya serta anak-anaknya, diberi tugas pentadbiran dan tugas pengadilan di Israel.

30Segala urusan keagamaan dan pemerintahan di Israel bahagian barat Sungai Yordan diserahkan kepada Hasabya, dan kepada 1,700 sanak saudaranya; mereka semua orang terkemuka daripada keturunan Hebron.

31Pemimpin keturunan Hebron ialah Yeria. Pada tahun keempat puluh pemerintahan Raja Daud, suatu penyelidikan tentang keturunan Hebron diadakan. Dalam penyelidikan itu ternyata bahawa di kalangan mereka ada askar-askar perkasa yang tinggal di Yazer di wilayah Gilead.

32Segala urusan keagamaan dan pemerintahan di Israel sebelah timur Sungai Yordan, iaitu di wilayah suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur, diserahkan kepada 2,700 ketua keluarga Yeria; mereka semua orang terkemuka yang dipilih oleh Raja Daud.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help