MALEAKHI 2 - Today's Malay Version 1996

1TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada para imam, “Inilah perintah-Ku kepada kamu:

2Kamu mesti menghormati Aku dengan perbuatan kamu. Jika kamu tidak mahu mendengarkan firman-Ku, Aku akan mengutuk kamu. Aku akan mengutuk segala sesuatu yang kamu terima sebagai rezeki. Sesungguhnya, Aku sudah mengutuk semuanya kerana kamu tidak mengendahkan perintah-Ku.

3Aku akan menghukum anak-anak kamu, dan Aku melumuri muka kamu dengan najis binatang yang kamu persembahkan. Kemudian orang akan menyeret kamu ke timbunan najis.

4

13Selain itu ada lagi yang kamu lakukan. Kamu menggenangi mazbah TUHAN dengan air mata; kamu menangis dan meratap kerana TUHAN tidak lagi menerima persembahan kamu.

14Kamu menanyakan sebabnya Dia tidak lagi menerima persembahan kamu. Hal itu demikian kerana TUHAN tahu bahawa kamu tidak lagi setia kepada wanita yang kamu kahwini pada masa muda kamu. Wanita itu teman hidup dan isteri kamu, tetapi kamu sudah memungkiri janji kepadanya, walaupun kamu telah berjanji di hadapan Allah untuk tetap setia kepadanya.

15Bukankah Allah yang menjadikan kamu satu tubuh dan satu jiwa dengan wanita itu? Apakah maksud Allah dengan hal itu? Maksud-Nya adalah supaya kamu mendapat anak yang benar-benar umat Allah. Oleh itu, pastikanlah supaya tiada orang di kalangan kamu yang memungkiri janji kepada isterinya.

16TUHAN Allah Israel berfirman, “Aku membenci perceraian. Aku tidak suka apabila salah seorang daripada kamu berbuat hal sekejam itu terhadap isterinya. Pastikanlah supaya kamu tidak memungkiri janji untuk tetap setia kepada isteri kamu.”

Hari Penghakiman sudah Hampir

17Kamu sudah menjemukan TUHAN dengan kata-kata kamu. Tetapi kamu bertanya, “Bagaimanakah kami menjemukan TUHAN?” Dengan berkata, “Semua orang yang berbuat jahat dianggap baik oleh TUHAN Yang Maha Kuasa, dan Dia berkenan kepada mereka.” Atau dengan bertanya, “Di manakah Allah yang dianggap adil itu?”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help