1 di dalam bilik pengawal istana.
14Esok paginya Raja Daud menulis sepucuk surat kepada Yoab, dan menitipkan surat itu kepada Uria.
15Demikianlah kandungan surat itu, “Suruhlah Uria pergi ke barisan hadapan, tempat pertempuran yang paling sengit. Setelah itu perintahkanlah pasukanmu undur tanpa pengetahuan Uria, supaya Uria terbunuh.”
16Maka sementara Yoab mengepung kota itu, dia menyuruh Uria pergi ke tempat yang setahunya dikawal ketat oleh musuh.
17Apabila musuh keluar dari kota untuk menyerang pasukan Yoab, beberapa orang pegawai tentera Raja Daud terbunuh, termasuk Uria.
18Kemudian Yoab mengirim laporan kepada Raja Daud untuk memberitahu baginda tentang keadaan peperangan.
19Inilah perintah Yoab kepada utusan itu, “Setelah engkau menceritakan segalanya tentang pertempuran itu,
20mungkin raja akan murka dan bertitah, ‘Mengapa kamu pergi terlalu dekat dengan kota itu ketika berperang? Tidakkah kamu tahu bahawa musuh tentu akan memanah kamu dari atas tembok kota?
21Hak 9.53 Tidakkah kamu ingat bagaimana Abimelekh anak Gideon terbunuh dahulu? Dia terbunuh kerana terkena batu kisaran yang dilemparkan oleh seorang perempuan dari tembok kota di Tebes. Mengapa kamu pergi terlalu dekat dengan tembok kota?’ Jika raja bertanya demikian, katakanlah bahawa Uria, pegawai tentera raja juga terbunuh.”
22Utusan itu pergi menghadap Raja Daud lalu melaporkan apa yang telah diperintahkan oleh Yoab.
23Dia berkata, “Musuh lebih kuat daripada kami. Mereka keluar dari kota dan berperang dengan kami di padang, tetapi kami dapat memukul mundur mereka sehingga balik ke pintu gerbang kota.
24Kemudian mereka memanah kami dari atas tembok kota. Demikianlah beberapa orang pegawai tentera tuanku terbunuh. Uria, pegawai tentera tuanku, juga terbunuh.”
25Raja Daud berkata kepada utusan itu, “Kuatkanlah hati Yoab. Katakanlah kepadanya, ‘Jangan kecil hati, kerana memang tidak dapat dipastikan siapa yang akan terbunuh di medan peperangan.’ Suruhlah dia melancarkan serangan yang lebih kuat terhadap kota itu sampai kota itu ditaklukkan.”
26Apabila Batsyeba mendengar bahawa suaminya telah terbunuh, dia berkabung baginya.
27Setelah habis masa berkabung, Raja Daud menjemput Batsyeba ke istana, lalu dia menjadi isteri Raja Daud. Beberapa bulan kemudian, Batsyeba melahirkan seorang anak lelaki, tetapi TUHAN tidak berkenan dengan apa yang sudah dilakukan oleh Raja Daud.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.