KELUARAN 24 - Today's Malay Version 1996

Perjanjian Dimeteraikan

1Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Naiklah ke gunung untuk menghadap Aku, engkau bersama dengan Harun, Nadab, Abihu, dan tujuh puluh orang pemimpin Israel, lalu sujudlah menyembah Aku dari jauh.

2Engkau seorang sahaja yang boleh menghampiri Aku; yang lain tidak boleh datang dekat-dekat, dan rakyat tidak boleh naik ke gunung ini.”

3Musa pergi dan memberitahu umat itu segala perintah dan peraturan TUHAN. Segenap umat menjawab dengan serentak, “Kami akan melakukan segala yang difirmankan oleh TUHAN.”

4Selepas itu Musa mencatatkan segala perintah TUHAN. Awal pagi esoknya, Musa membina sebuah mazbah di kaki gunung itu, lalu mendirikan dua belas buah batu; setiap batu mewakili salah satu suku Israel.

5Kemudian Musa mengutus beberapa orang muda untuk mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan juga mempersembahkan beberapa ekor lembu sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN.

6Musa mengambil setengah daripada darah binatang itu lalu menuangkannya ke dalam mangkuk-mangkuk, dan yang setengah lagi dituangkannya ke atas mazbah.

7Selepas itu Musa mengambil kitab perjanjian yang bertuliskan perintah TUHAN, lalu dengan nyaring membacakannya kepada umat. Mereka berkata, “Kami akan mentaati TUHAN dan melakukan segala perintah-Nya.”

8 gunung yang suci itu.

14Musa telah berpesan kepada para pemimpin Israel, “Tunggulah di sini sehingga kami balik. Harun dan Hur ada bersama-sama kamu di sini. Sesiapa yang ada persoalan, boleh menemui mereka untuk mendapat penyelesaian.”

15Musa mendaki Gunung Sinai lalu awan meliputi gunung itu.

16-17Cahaya hadirat TUHAN turun ke atas gunung itu. Orang Israel melihatnya seperti api yang menyala di puncak gunung. Awan itu meliputi gunung selama enam hari. Pada hari yang ketujuh, dari awan itu TUHAN memanggil Musa.

18Ul 9.9 Kemudian Musa terus mendaki gunung sehingga dia masuk ke dalam awan itu. Dia berada di situ selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help