BILANGAN 11 - Today's Malay Version 1996

Tempat yang Bernama Tabera

1Pada suatu hari umat Israel mula bersungut kepada TUHAN tentang kesusahan mereka. Apabila TUHAN mendengar sungutan mereka, Dia murka lalu mendatangkan api kepada mereka. Api itu merebak di tengah-tengah mereka dan menghanguskan sebahagian daripada perkhemahan.

2Orang Israel berseru minta tolong kepada Musa, maka dia berdoa kepada TUHAN, lalu api itu padam.

3Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Tabera, kerana di situ api TUHAN merebak di tengah-tengah mereka.

Musa Memilih Tujuh Puluh Orang Pemimpin

4Dalam perjalanan umat Israel, ada juga sebilangan orang asing di kalangan mereka. Orang asing itu ingin sekali makan daging, dan umat Israel pun mula bersungut, “Alangkah baiknya jika kita dapat makan daging.

5Di Mesir, kita dapat makan ikan sebanyak yang kita mahu tanpa membayar apa-apa. Kita masih ingat akan timun, tembikai, bawang kucai, bawang merah, dan bawang putih di sana.

6Tetapi sekarang kita kehabisan tenaga kerana tidak ada makanan lain kecuali manna tiap-tiap hari.”

7

32Sepanjang hari itu dan sepanjang malam, serta sepanjang hari berikutnya, orang asyik menangkap burung puyuh. Setiap orang menangkap tidak kurang daripada seribu kilogram burung puyuh. Mereka menjemur burung-burung yang ditangkap itu di sekeliling perkhemahan.

33Sementara masih banyak daging burung puyuh, TUHAN murka kepada umat itu dan mendatangkan wabak kepada mereka.

34Tempat itu dinamakan Kibrot-Taawa yang bererti “Kuburan Kerakusan” kerana di situlah mereka menguburkan orang yang mati kerana rakus.

35Dari situ umat itu berpindah ke daerah Hazerot, lalu berkhemah di tempat itu.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help