YEREMIA 33 - Today's Malay Version 1996

Janji Lain yang Memberikan Harapan

1Ketika aku masih ditahan di halaman istana, TUHAN menyampaikan perkhabaran lain kepadaku.

2TUHAN, yang menciptakan bumi dan membentuk serta meletakkannya di tempatnya, berfirman kepadaku. Dia yang bernama TUHAN berfirman,

3“Berserulah kepada-Ku, maka Aku akan menjawab; Aku akan memberitahu engkau hal-hal yang indah dan mengagumkan, yang belum engkau ketahui.

4Aku, TUHAN, Allah Israel, berfirman bahawa rumah-rumah di Yerusalem dan istana raja Yehuda akan dirobohkan, akibat kepungan dan serangan musuh.

5Beberapa orang akan berperang melawan orang Babilonia, yang akan memenuhkan rumah-rumah dengan mayat orang yang Aku pukul sehingga mati ketika Aku murka dan berang. Aku telah meninggalkan kota ini kerana kejahatan penduduknya.

6Tetapi kelak Aku akan memulihkan keadaan kota ini dan menyembuhkan penduduknya. Aku akan melimpahkan kedamaian dan keamanan kepada mereka.

7Aku akan menjadikan Yehuda dan Israel makmur, dan membangun mereka semula sehingga menjadi seperti dahulu.

8Aku akan menyucikan mereka daripada dosa mereka terhadap-Ku; Aku akan mengampunkan dosa dan pemberontakan mereka.

9Yerusalem akan menjadi kegembiraan, kehormatan, dan kebanggaan-Ku. Semua bangsa di dunia akan takut dan gentar, apabila mendengar tentang segala kebaikan yang Aku lakukan untuk penduduk Yerusalem, dan tentang kemakmuran yang Aku berikan kepada kota itu.”

10TUHAN berfirman, “Orang berkata bahawa tempat ini seperti gurun, dan tiada orang atau binatang yang tinggal di sini. Kata-kata mereka memang benar, kerana kota-kota Yehuda dan jalan-jalan di Yerusalem lengang semuanya; tiada orang atau binatang yang tinggal di situ. Tetapi di tempat-tempat itu akan terdengar lagi

11 korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, dan korban-korban lain.”

19TUHAN berfirman kepadaku,

20“Aku telah membuat perjanjian dengan siang dan malam, supaya siang dan malam selalu datang tepat pada waktunya. Perjanjian itu tidak dapat dibatalkan.

21Demikian juga Aku telah membuat perjanjian dengan hamba-Ku Daud, bahawa daripada keturunannya selalu akan ada seorang yang menjadi raja; dan Aku telah membuat perjanjian dengan para imam keturunan Lewi, bahawa mereka akan selalu mengabdi kepada-Ku. Perjanjian-perjanjian itu tidak sekali-kali akan dibatalkan.

22Aku akan menambah bilangan keturunan hamba-Ku Daud, dan bilangan para imam keturunan Lewi, sehingga jumlah mereka tidak dapat dihitung seperti bintang di langit dan pasir di pantai.”

23TUHAN berfirman kepadaku,

24“Adakah engkau tahu orang berkata bahawa Aku telah menolak Israel dan Yehuda, dua keluarga yang telah Kupilih itu? Orang menghina umat-Ku dan tidak lagi menganggap mereka sebagai satu bangsa.

25Tetapi Aku, TUHAN, mempunyai perjanjian dengan siang dan malam, dan Aku telah membuat hukum yang menguasai langit dan bumi.

26Sebagaimana hal itu tidak dapat dibatalkan, demikian juga perjanjian-Ku dengan keturunan Yakub dan dengan hamba-Ku Daud, tidak dapat dibatalkan. Aku akan memilih seorang daripada keturunan Daud untuk memerintah keturunan Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan mengasihani umat-Ku dan menjadikan mereka makmur semula.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help