1Raja Yosafat mangkat lalu dimakamkan di makam diraja di Kota Daud, dan puteranya Yehoram menggantikan baginda sebagai raja.
Raja Yehoram, Raja Yehuda(2 Raj 8.17-24)2Raja Yehoram putera Raja Yosafat, raja Yehuda mempunyai enam saudara lelaki: Azarya, Yehiel, Zakharia, Azariahu, Mikhael, dan Sefaca.
3Ayahanda mereka memberi mereka banyak emas, perak, barang-barang berharga lain, dan masing-masing juga diberikan sebuah kota berkubu di Yehuda. Oleh sebab Yehoram putera sulung, Raja Yosafat melantik puteranya itu menjadi pengganti baginda.
4Selepas Raja Yehoram mengukuhkan pemerintahannya, baginda membunuh semua saudara lelakinya, dan juga beberapa orang pegawai tinggi.
5Raja Yehoram menjadi raja ketika baginda berumur 32 tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama lapan tahun.
6Baginda mengikut cara hidup Raja Ahab dan raja-raja Israel yang lain kerana baginda berkahwin dengan salah seorang puteri Raja Ahab. Raja Yehoram berdosa terhadap TUHAN,
7 Yehuda. Pada masa itu kota Libna juga memberontak, kerana Raja Yehoram telah meninggalkan TUHAN, Allah nenek moyangnya.
11Bahkan Raja Yehoram membina tempat-tempat penyembahan berhala di pergunungan Yehuda, dan menyebabkan penduduk Yehuda dan Yerusalem berdosa terhadap TUHAN.
12Nabi Elia mengirim sepucuk surat kepada Raja Yehoram. Bunyi surat itu demikian, “TUHAN, Allah yang disembah Raja Daud, nenek moyang tuanku, menghukum tuanku, kerana tuanku tidak mengikut teladan Raja Yosafat ayahanda tuanku, ataupun teladan Raja Asa datuk tuanku.
13Sebaliknya, tuanku mengikut cara hidup raja-raja Israel, dan menyebabkan penduduk Yehuda dan Yerusalem tidak setia kepada Allah, sebagaimana Raja Ahab dan raja-raja yang seterusnya menyebabkan Israel tidak setia kepada Allah. Bahkan tuanku telah membunuh saudara-saudara tuanku yang lebih baik daripada tuanku.
14Oleh itu TUHAN akan menghukum rakyat, anak-anak, dan isteri-isteri tuanku dengan berat, serta memusnahkan harta milik tuanku.
15Tuanku sendiri akan menderita penyakit usus yang semakin hari semakin parah!”
16Pada masa itu ada orang Filistin dan orang Arab yang tinggal dekat perkampungan orang Etiopia di kawasan pantai. TUHAN menggerakkan hati mereka untuk memerangi Raja Yehoram.
17Mereka menyerang Yehuda, menjarah harta di istana, dan menawan semua isteri dan putera raja kecuali Ahazia, putera yang bongsu.
18Setelah semua hal itu berlaku, TUHAN mendatangkan penyakit usus yang teruk kepada Raja Yehoram.
19Selama hampir dua tahun penyakit itu menjadi semakin teruk sehingga akhirnya raja mangkat dengan sangat menderita. Rakyat tidak menyalakan unggun api sebagai tanda berkabung untuk baginda, sebagaimana yang telah dilakukan bagi nenek moyangnya.
20Raja Yehoram menjadi raja ketika baginda berusia 32 tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama lapan tahun. Tiada sesiapa pun berasa sedih ketika baginda mangkat. Mereka memakamkan baginda di Kota Daud, tetapi bukan di makam diraja.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.