1Kemudian Yosua mengumpulkan orang daripada suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur.
2 Sungai Yordan, mereka membina sebuah mazbah yang besar dan indah di tepi sungai itu.
11Umat Israel yang lain diberitahu tentang hal itu, “Orang daripada suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur telah membina sebuah mazbah di Gelilot dekat Sungai Yordan, di bahagian wilayah kita!”
12Apabila umat Israel mendengar hal itu, mereka semua berkumpul di Silo untuk berperang dengan suku-suku Israel dari sebelah timur Sungai Yordan.
13Kemudian umat Israel mengutus Pinehas anak Imam Eleazar kepada suku-suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur di daerah Gilead.
14Sepuluh orang pemimpin pergi bersama-sama Pinehas, seorang daripada setiap suku di sebelah barat Sungai Yordan; setiap orang itu ialah ketua keluarga dalam puak masing-masing.
15Mereka sampai ke daerah Gilead dan bertemu dengan suku-suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur.
16 ataupun untuk mempersembahkan korban untuk mengucap syukur, atau korban untuk memohon berkat TUHAN, biarlah TUHAN sendiri yang menghukum kami.
24Maksud kami bukanlah demikian! Kami membina mazbah ini kerana kami khuatir mungkin pada kemudian hari keturunan kamu akan berkata kepada keturunan kami, ‘Kamu tidak ada kena-mengena dengan TUHAN, Allah Israel!
25TUHAN telah menjadikan Sungai Yordan ini sebagai sempadan antara kami dan kamu daripada suku Ruben dan Gad. Kamu tidak ada kena-mengena dengan TUHAN.’ Dengan demikian keturunan kamu akan menyebabkan keturunan kami berhenti beribadat kepada TUHAN.
26Oleh itu kami membina mazbah ini bukan sebagai tempat membakar korban ataupun untuk mempersembahkan persembahan,
27tetapi sebagai tanda bagi kedua-dua pihak kita dan keturunan kita, bahawa sesungguhnya kami beribadat kepada TUHAN di Khemah-Nya dengan membawa korban untuk menyenangkan hati TUHAN, persembahan-persembahan, dan korban untuk memohon berkat TUHAN. Dengan demikian keturunan kamu tidak dapat berkata bahawa keturunan kami tidak ada kena-mengena dengan TUHAN.
28Maksud kami begini: jika perkara itu berlaku, dapatlah keturunan kami berkata, ‘Lihatlah, nenek moyang kami telah membina sebuah mazbah sama seperti mazbah TUHAN. Mazbah itu bukan untuk membakar korban ataupun untuk mempersembahkan persembahan, tetapi sebagai tanda bagi kedua-dua pihak kita.’
29Kami tidak sekali-kali akan memberontak terhadap TUHAN atau berhenti mengabdi kepada-Nya, dengan membina mazbah sebagai tempat mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, ataupun mempersembahkan korban untuk mengucap syukur, atau persembahan. Kami tidak sekali-kali akan membina mazbah lain; mazbah TUHAN, Allah kita sudah ada di hadapan Khemah-Nya.”
30Imam Pinehas dan sepuluh orang pemimpin umat Israel, ketua-ketua keluarga Israel yang menyertai Pinehas, mendengar penjelasan suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur. Mereka puas hati mendengarnya.
31Pinehas anak Imam Eleazar berkata kepada mereka, “Sekarang kami tahu bahawa TUHAN menyertai kita. Kamu tidak memberontak terhadap-Nya. Kamu telah menyelamatkan umat Israel daripada hukuman TUHAN.”
32Kemudian Pinehas dan para pemimpin itu meninggalkan suku Ruben dan Gad di daerah Gilead, lalu mereka pulang ke Kanaan dan melaporkan perkara itu kepada umat Israel.
33Umat Israel puas hati dan memuji Allah. Mereka tidak lagi bercadang untuk berperang melawan suku Ruben dan Gad, ataupun memusnahkan wilayah mereka.
34Orang daripada suku Ruben dan Gad berkata, “Mazbah ini menjadi saksi kepada kita semua bahawa TUHAN ialah Allah.” Oleh itu mereka menamakan mazbah itu “Saksi”.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.