1Lagu ziarah oleh Daud.
Bagaimanakah keadaannya jika TUHAN tidak memihak kita?
Jawablah, hai Israel!
2“Jika TUHAN tidak memihak kita,
ketika musuh menyerang kita,
3tentu mereka sudah menelan kita hidup-hidup
kerana kemarahan mereka menyala-nyala;
4tentu kita sudah dihanyutkan banjir,
dan kita digenangi air;
5tentu kita sudah mati lemas
dalam air yang deras.”
6Marilah kita bersyukur kepada TUHAN,
yang tidak membiarkan musuh membinasakan kita.
7Kita seperti burung yang lepas dari jerat pemburu;
jerat itu sudah dirosakkan dan kita pun bebas!
8Pertolongan kita datang daripada TUHAN,
yang menjadikan langit dan bumi.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.