KEJADIAN 22 - Today's Malay Version 1996

Allah Memerintah Abraham Mempersembahkan Ishak sebagai Korban

1Kemudian Allah menguji kesetiaan Abraham. Allah memanggil, “Abraham!” Lalu Abraham menjawab, “Ya, aku mendengar.”

2 apa yang diperlukan.”

15Sekali lagi, dari langit malaikat TUHAN berseru kepada Abraham,

16Ibr 6.13-14 “TUHAN berfirman: Aku bersumpah demi nama-Ku sendiri; kerana engkau sudah melakukan hal ini dan tidak enggan menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku,

17Ibr 11.12 Aku berjanji akan memberkati engkau dengan berlimpah-limpah dan menjadikan keturunanmu sebanyak bintang di langit serta sebanyak pasir di pantai laut. Keturunanmu akan mengalahkan musuh mereka.

18Kis 3.25 Semua bangsa di dunia akan memohon kepada-Ku supaya Aku memberkati mereka sebagaimana Aku telah memberkati keturunanmu, kerana engkau sudah mentaati perintah-Ku.”

19Selepas itu Abraham balik kepada hamba-hambanya, lalu mereka bersama-sama pergi ke Bersyeba; Abraham menetap di sana.

Keturunan Nahor

20Abraham mempunyai abang yang bernama Nahor. Selepas kejadian itu, Abraham mendengar bahawa Milka, isteri Nahor sudah mempunyai lapan orang anak lelaki:

21Us yang sulung; Bus adiknya; dan Kemuel yang kemudian menjadi bapa Aram;

22Kesed, Hazo, Pildas, Yidlaf, dan Betuel

23yang kemudian menjadi bapa Ribka.

24Nahor mempunyai gundik yang bernama Reuma; gundiknya itu melahirkan Tebah, Gaham, Tahas, dan Maakha.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help