YOSUA 24 - Today's Malay Version 1996

Yosua Berucap kepada Umat Israel di Sikhem

1Yosua mengumpulkan semua suku Israel di Sikhem. Dia memanggil para pemuka, pemimpin, hakim, dan pegawai Israel, lalu mereka berkumpul di hadapan Allah.

2

7 umat itu di Sikhem. Dia memberi mereka hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

26Yosua menuliskan perintah-perintah itu di dalam Kitab Taurat Allah. Kemudian Yosua mengambil sebuah batu yang besar dan menegakkannya di bawah pokok oak di tempat yang khusus untuk TUHAN.

27Yosua berkata kepada semua orang itu, “Batu ini saksi kita. Batu ini telah mendengar segala firman TUHAN kepada kita. Oleh itu batu ini menjadi saksi terhadap kamu untuk mengingatkan kamu supaya tidak melawan Allah kamu.”

28Selepas itu Yosua menyuruh umat itu pulang, lalu masing-masing balik ke wilayah sendiri.

Yosua dan Eleazar Meninggal

29Kemudian Yosua anak Nun, hamba TUHAN itu meninggal; dia berumur 110 tahun.

30Yosua dikebumikan di tanahnya di Timnat-Serah, di perbukitan Efraim, di sebelah utara Gunung Gaas.

31Selama Yosua hidup, umat Israel mengabdi kepada TUHAN. Setelah Yosua meninggal dan selama hayat para pemimpin yang melihat segala perbuatan TUHAN untuk Israel, umat itu tetap mengabdi kepada TUHAN.

32Jenazah Yusuf yang dibawa oleh umat Israel dari Mesir, dikebumikan di Sikhem, di tanah yang dibeli oleh Yakub daripada anak-anak Hemor, bapa Sikhem, dengan harga seratus keping wang perak. Tanah itu diwarisi oleh keturunan Yusuf.

33Eleazar anak Harun meninggal, lalu dikebumikan di Gibea, kota di perbukitan Efraim yang telah diberikan kepada anaknya, Pinehas.

Blog
About Us
Message
Site Map