2 TAWARIKH 5 - Today's Malay Version 1996

1 ke Rumah TUHAN.

3Mereka semua berkumpul pada Perayaan Pondok Daun.

4Setelah semua pemimpin itu berkumpul, orang Lewi mengangkat Tabut Perjanjian

5dan membawanya ke dalam Rumah TUHAN. Para imam dan orang Lewi memindahkan Khemah TUHAN dan semua perkakasnya ke dalam Rumah TUHAN.

6Raja Salomo dan segenap umat Israel berkumpul di hadapan Tabut Perjanjian, lalu mempersembahkan korban berupa domba dan lembu yang banyak sekali, sehingga tidak terkira bilangannya.

7Selepas itu para imam membawa Tabut Perjanjian ke Rumah TUHAN, lalu meletakkannya di Bilik Maha Suci, di bawah patung kerub.

8Sayap kerub-kerub itu terkembang dan menutupi Tabut itu serta kayu-kayu pengusungnya.

9Kayu pengusung itu panjang sekali, sehingga hujungnya dapat dilihat dari hadapan Bilik Maha Suci, tetapi tidak dapat dilihat dari arah lain. (Kayu-kayu pengusung itu masih di sana sehingga sekarang.)

10Ul 10.5 Tabut Perjanjian hanya mengandungi dua buah batu yang diletakkan di sana oleh Musa di Gunung Sinai dahulu, ketika TUHAN membuat perjanjian-Nya dengan umat Israel, selepas mereka keluar dari Mesir.

Kemuliaan Tuhan

11-14 1 Taw 16.34; 2 Taw 7.3; Ezr 3.11; Mzm 100.5, 106.1, 107.1, 116.1, 136.1; Yer 33.11 Kel 40.34-35 Semua imam daripada setiap kumpulan yang hadir di sana telah menyucikan diri. Semua penyanyi orang Lewi, iaitu Asaf, Heman, dan Yedutun, serta anggota-anggota puak mereka, memakai pakaian linen. Orang Lewi berdiri di sebelah timur mazbah dengan simbal dan kecapi. Bersama dengan mereka ada 120 orang imam yang meniup trompet. Nyanyian para penyanyi berpadu dengan iringan trompet, simbal, dan alat muzik lain. Inilah seni kata lagu yang dinyanyikan mereka untuk memuji TUHAN:

“Pujilah TUHAN, kerana Dia baik,

kasih-Nya kekal abadi.”

Apabila para imam keluar dari Rumah TUHAN, tiba-tiba Rumah TUHAN dipenuhi awan yang bersinar dengan cahaya hadirat TUHAN, sehingga mereka tidak dapat meneruskan upacara ibadat.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help