1TUHAN akan mengasihani umat-Nya Israel dan memilih mereka lagi sebagai milik-Nya sendiri. Dia akan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri, dan orang bangsa asing pun akan datang dan tinggal bersama-sama mereka di sana.
2Banyak bangsa akan menolong umat Israel pulang ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka. Di sana bangsa-bangsa akan menjadi abdi kepada Israel. Mereka yang dahulu menawan Israel, akan ditawan oleh Israel. Umat Israel akan memerintah bangsa-bangsa yang pernah menindas mereka.
Raja Babilonia di Dunia Orang Mati3TUHAN akan mengakhiri kesakitan dan penderitaan umat Israel. Dia akan membebaskan mereka daripada kerja berat yang dipaksakan kepada mereka.
4Apabila TUHAN melakukan hal itu, mereka akan mengejek raja Babilonia begini,
“Raja yang kejam sudah jatuh! Dia tidak dapat menindas sesiapa pun lagi!
5TUHAN telah menamatkan kuasa pemerintah-pemerintah zalim
6yang menindas bangsa-bangsa dengan marah dan terus-menerus menganiaya mereka.
7Akhirnya seluruh dunia menikmati keamanan dan ketenteraman, dan semua orang bernyanyi dengan sukacita.
8Pokok sipres dan pokok sedar di Lebanon pun bersorak-sorak kerana kejatuhan raja itu, dan tiada sesiapa lagi akan menebang pokok-pokok itu sesudah raja itu pergi.
9Dunia orang mati sedang bersedia untuk menyambut raja Babilonia. Arwah orang yang berkuasa di bumi dahulu terjaga dan arwah raja-raja bangkit dari takhta mereka.
10Mereka semua berseru kepada raja Babilonia, ‘Sekarang engkau lemah seperti kami! Engkau sama seperti kami!
11Dahulu engkau dihormati dengan muzik kecapi, tetapi sekarang engkau berada di dunia orang mati. Ulat menjadi tempat tidurmu dan cacing menjadi selimutmu!’
12 akan tinggal di sana. Aku akan memusnahkan Babel. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.”
Allah Akan Membinasakan Orang Asyur24TUHAN Yang Maha Kuasa bersumpah, “Perkara yang telah Aku rancangkan pasti berlaku. Perkara yang sudah Aku tentukan pasti terjadi.
25Aku akan membinasakan orang Asyur di Israel negeri-Ku itu, dan memijak-mijak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Aku akan membebaskan umat-Ku daripada penindasan orang Asyur dan daripada beban yang dipikul mereka.
26Inilah rancangan-Ku untuk dunia; Aku akan menghukum bangsa-bangsa.”
27Yes 10.5-34; Nah 1.1—3.19; Zef 2.13-15 TUHAN Yang Maha Kuasa sudah memutuskan untuk berbuat demikian. Dia akan menghukum mereka, dan tiada sesiapa pun dapat menghalang Dia.
Allah Akan Membinasakan Orang Filistin28 2 Raj 16.20; 2 Taw 28.27 Inilah perkhabaran yang diisytiharkan pada tahun Raja Ahas mangkat.
29Hai orang Filistin, walaupun belantan yang memukul kamu telah dipatahkan, jangan kamu bersukacita kerana apabila seekor ular mati, seekor lagi yang lebih dahsyat akan muncul. Seekor naga bersayap akan menetas daripada telur ular.
30TUHAN akan menggembalakan umat-Nya yang miskin dan membolehkan mereka hidup dengan aman, tetapi Dia akan mendatangkan kebuluran yang dahsyat kepada kamu, hai orang Filistin. Tiada seorang pun antara kamu akan dibiarkan hidup.
31 Yer 47.1-7; Yeh 25.15-17; Yl 3.4-8; Am 1.6-8; Zef 2.4-7; Za 9.5-7 Berteriaklah dan berserulah meminta tolong, hai penduduk semua kota Filistin! Hendaklah kamu semua gementar ketakutan, kerana kepulan debu telah kelihatan di sebelah utara, menandakan kedatangan pasukan yang gagah perkasa; tiada pengecut dalam pasukan itu.
32Jawapan apakah yang dapat kita berikan kepada utusan-utusan orang Filistin? Kita akan memberitahu mereka bahawa TUHAN telah membangunkan Sion, dan umat-Nya yang menderita akan mendapat perlindungan di situ.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.