YEHEZKIEL 44 - Today's Malay Version 1996

Kegunaan Pintu Gerbang Timur

1Lelaki itu membawa aku ke pintu gerbang luar di sebelah timur kawasan Rumah TUHAN. Pintu gerbang itu tertutup.

2Lalu TUHAN berfirman kepadaku, “Pintu gerbang ini akan tetap tertutup dan tidak boleh dibuka. Tidak seorang pun boleh memasukinya kerana Aku, TUHAN, Allah Israel, telah melaluinya. Pintu gerbang itu hendaklah tetap tertutup.

3Hanya raja yang memerintah boleh masuk ke situ untuk makan makanan suci di hadirat-Ku. Dia harus masuk dan keluar melalui ruang besar di sebelah dalam.”

Peraturan untuk Memasuki Rumah TUHAN

4Kemudian lelaki itu membawa aku ke depan Rumah TUHAN melalui pintu gerbang utara. Aku nampak Rumah TUHAN diliputi cahaya berkilauan yang menandakan hadirat TUHAN. Aku bersujud sampai ke tanah,

5lalu TUHAN berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, perhatikanlah semua yang engkau lihat dan dengar. Aku akan memberitahu engkau peraturan-peraturan bagi Rumah-Ku ini. Perhatikanlah baik-baik sesiapa yang diizinkan masuk Rumah-Ku dan sesiapa yang dilarang.

6Beritahulah Israel, bangsa pemberontak itu, bahawa Aku, TUHAN Raja, tidak mahu lagi membiarkan mereka melakukan perbuatan jijik.

7Mereka telah mencemarkan Rumah-Ku dengan mengizinkan orang asing yang tidak bersunat dan tidak taat kepada-Ku, masuk ke dalam Rumah-Ku, ketika orang mempersembahkan lemak dan darah korban kepada-Ku. Dengan segala perbuatan yang menjijikkan itu, mereka telah melanggar perjanjian-Ku dengan mereka.

8Bukan mereka sendiri yang melakukan upacara suci dalam Rumah-Ku, melainkan orang asing yang ditugaskan mereka untuk melakukannya.

9Aku, TUHAN Raja mengumumkan bahawa orang asing yang tidak bersunat dan orang yang tidak taat kepada-Ku, tidak boleh masuk ke dalam Rumah-Ku. Orang asing yang tinggal antara umat Israel pun tidak boleh masuk.”

Orang Lewi Dikecualikan daripada Jawatan Imam

10TUHAN berfirman kepadaku, “Aku hendak menghukum orang Lewi yang bersama-sama umat Israel yang lain telah meninggalkan Aku dan menyembah berhala.

11Mereka boleh bekerja di Rumah-Ku dengan menjaga pintu gerbang dan melakukan tugas di dalam Rumah-Ku. Mereka boleh menyembelih binatang yang dipersembahkan sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan sebagai persembahan daripada umat, dan mereka wajib untuk sentiasa melayani umat.

12Tetapi, kerana mereka melakukan upacara penyembahan berhala untuk bangsa Israel, dan dengan perbuatan itu menyebabkan umat berdosa, maka Aku, TUHAN Raja bersumpah bahawa mereka mesti dihukum.

13Mereka tidak boleh melayani Aku sebagai imam, atau menghampiri apa-apa yang suci bagi-Ku, ataupun masuk ke Bilik Maha Suci. Inilah hukuman bagi perbuatan jijik yang dilakukan mereka.

14Sekarang Aku menugaskan mereka melakukan pekerjaan kasar yang perlu dilaksanakan di Rumah-Ku.”

Para Imam

15TUHAN Raja berfirman, “Para imam Lewi daripada keturunan Zadok, tetap setia bekerja untuk Aku apabila umat Israel meninggalkan Aku. Oleh itu, sekarang merekalah yang akan bekerja untuk Aku dan datang ke hadirat-Ku untuk mempersembahkan lemak serta darah korban.

16Hanya mereka yang boleh masuk ke dalam Rumah-Ku, bertugas di mazbah-Ku, dan memimpin ibadat di situ.

17Apabila mereka masuk ke halaman dalam melalui pintu gerbang, mereka harus memakai pakaian linen. Mereka tidak boleh memakai pakaian daripada bulu domba apabila sedang bertugas di halaman dalam atau di dalam Rumah-Ku.

18

20 korban untuk mengampunkan dosa, dan korban untuk membayar ganti rugi, akan menjadi makanan imam. Mereka harus menerima apa-apa sahaja di Israel, yang telah dipersembahkan kepada-Ku, sebagai bahagian mereka.

30Bil 18.8-19 Para imam harus diberikan bahagian terbaik daripada semua tuaian pertama, dan apa sahaja yang dipersembahkan kepada-Ku. Setiap kali orang membakar roti, mereka harus memberikan roti pertama kepada para imam; dengan demikian Aku akan memberkati keluarga mereka.

31Im 22.8 Para imam tidak boleh makan burung atau binatang yang mati biasa atau yang diterkam oleh binatang lain.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help