PENGKHUTBAH Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996

Kata PengantarKitab Pengkhutbah mengandungi buah fikiran ‘Si Pemikir’. Dia merenungkan betapa singkatnya hidup manusia, yang penuh dengan pertentangan, ketidakadilan dan kekecewaan. Maka disimpulkannya bahawa hidup manusia itu sia-sia sahaja. Dia tidak dapat memahami cara Allah menguasai hidup manusia. Namun demikian, dia menasihatkan manusia supaya bekerja keras di samping menikmati pemberian Allah selama mungkin.Kebanyakan pendapat itu bersifat negatif bahkan mengecewakan. Tetapi kitab ini termasuk di dalam Alkitab, dan hal ini menunjukkan bahawa iman yang berdasarkan Alkitab cukup luas untuk mempertimbangkan kehampaan dan wasangka yang dikemukakan oleh Si Pemikir. Banyak orang yang membaca kitab ini terhibur kerana seolah-olah melihat sifat mereka sendiri di dalam kitab ini. Mereka sedar bahawa di samping mengemukakan kehampaan, Alkitab juga memberikan harapan bahawa Allah memberikan makna hidup yang sebenarnya.
Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help