MAZMUR 31 - Today's Malay Version 1996

Berharap kepada Allah

1Mazmur Daud.

2Aku berlindung pada-Mu, ya TUHAN,

jangan biarkan aku dipermalukan.

Engkau Allah yang adil;

selamatkanlah aku.

3Dengarlah aku! Selamatkanlah aku dengan segera!

Jadilah penaungku untuk melindungi aku,

dan pembelaku untuk menyelamatkan aku.

4Engkaulah penaungku dan pembelaku;

bimbinglah aku menurut janji-Mu.

5Selamatkanlah aku daripada perangkap yang dipasang untukku;

Engkaulah tempat perlindunganku.

6

bahkan tulangku menjadi rapuh.

12Semua musuhku mentertawakan aku;

jiran-jiranku menghina aku;

mereka yang mengenal aku takut akan aku;

mereka lari apabila nampak aku di jalan.

13Aku dilupakan seolah-olah aku sudah mati;

aku umpama barang terbuang.

14Aku mendengar bisikan musuhku;

perkara dahsyat terdapat di sekelilingku.

Mereka berkomplot menentang aku,

dan merancang hendak membunuh aku.

15Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN;

Engkaulah Allahku.

16Aku sentiasa berada dalam jagaan-Mu;

selamatkanlah aku daripada musuhku

dan daripada mereka yang menganiaya aku.

17Semoga Engkau berkenan kepada hamba-Mu;

selamatkanlah aku demi kasih-Mu.

18Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN;

jangan biarkan aku dipermalukan.

Biarlah orang jahat dipermalukan,

dan turun ke alam maut dengan senyap.

19Biarlah pembohong menjadi kelu,

kerana mereka sombong dan menghina orang jujur.

20Betapa limpahnya kebaikan-Mu

yang Engkau sediakan untuk orang yang menghormati Engkau.

Setiap orang melihat kebaikan yang Engkau lakukan

bagi mereka yang berlindung kepada-Mu.

21Engkau menyembunyikan mereka di tempat hadirat-Mu,

yang selamat daripada komplot manusia;

Engkau menyembunyikan mereka di tempat perlindungan

yang selamat daripada hinaan musuh mereka.

22Terpujilah TUHAN!

Sangat mengagumkan kasih-Nya bagiku,

ketika aku dikepung dan diserang oleh musuh.

23Aku takut dan menyangka

bahawa TUHAN telah mengusir aku dari hadirat-Nya.

Tetapi Dia telah mendengar seruanku,

ketika aku minta pertolongan-Nya.

24Kasihilah TUHAN, hai semua umat-Nya yang setia.

TUHAN melindungi orang yang setia,

tetapi menghukum orang yang sombong.

25Kuatkanlah dan teguhkanlah hati kamu,

kamu semua yang berharap kepada TUHAN.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help