YESAYA 40 - Today's Malay Version 1996

Kata-Kata Pengharapan

1“Hiburkanlah umat-Ku, hiburkanlah mereka!”

firman Allah kamu.

2“Galakkanlah penduduk Yerusalem.

Beritahulah mereka bahawa sudah cukup mereka menderita,

dan dosa mereka sudah Kuampunkan.”

Aku telah menghukum mereka dengan sepenuhnya

kerana dosa mereka.

3

Berserulah dan jangan takut.

Beritahulah kota-kota di Yehuda

bahawa Allah mereka akan datang!

10

11 Allah kita,

dan pokok-pokok di sana tidak cukup untuk dijadikan kayu api.

17Bangsa-bangsa tidak bererti bagi-Nya,

seolah-olah tidak wujud di hadapan-Nya.

18Dengan siapakah dapat kamu samakan Allah?

Siapakah yang kamu anggap serupa dengan Dia?

19 Kis 17.29 Dia tidak sama dengan patung yang dibuat oleh tangan manusia,

yang disaluti emas oleh tukang emas,

lalu ditegakkan di atas alas perak.

20Orang yang tidak mampu membeli perak atau emas,

memilih kayu yang tidak mudah reput.

Dia mencari tukang yang pandai

untuk membuat patung yang tidak akan jatuh.

21Tidakkah kamu tahu?

Tidakkah kamu diberitahu sejak dahulu?

Bukankah Allah yang mencipta bumi?

22Dialah yang menguasai seluruh bumi;

penduduk bumi kelihatan kecil seperti belalang.

Dia membentangkan langit seperti kain,

dan memasangnya seperti khemah untuk didiami.

23Dia menjatuhkan pemerintah yang berkuasa,

dan meniadakan kuasa mereka.

24Mereka itu seperti tanaman muda,

yang baru tumbuh akarnya.

Apabila TUHAN menghembuskan angin,

mereka kering dan diterbangkan seperti jerami.

25Dengan siapakah dapat kamu samakan Allah Yang Maha Suci?

Adakah sesiapa yang seperti Dia?

26Pandanglah ke langit dan perhatikanlah!

Siapakah yang menciptakan bintang-bintang?

Dia yang menyuruh bintang keluar seperti pasukan askar,

Dia tahu akan jumlahnya, dan memanggil nama setiap bintang!

Kuasa-Nya amat besar -

tidak satu bintang pun yang hilang!

27Jika demikian, hai Israel, mengapakah kamu mengeluh,

bahawa TUHAN tidak tahu akan kesusahan kamu,

dan tidak mempedulikan hak kamu?

28Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?

TUHAN ialah Allah yang kekal;

Dialah yang menciptakan seluruh bumi.

Dia tidak pernah letih atau lesu.

Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.

29Dia menguatkan orang yang lemah,

dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya.

30Orang muda pun menjadi letih dan lesu;

anak muda pun jatuh kerana keletihan.

31Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN

akan mendapat kekuatan baru.

Mereka seperti burung rajawali,

yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.

Mereka akan berlari dan tidak lelah;

mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help