2 RAJA-RAJA 1 - Today's Malay Version 1996

Elia dan Raja Ahazia

1Setelah Raja Ahab dari Israel mangkat, negeri Moab memberontak terhadap Israel.

2Pada suatu hari, Raja Ahazia dari Israel jatuh dari langkan di tingkat atas istananya di Samaria sehingga baginda luka parah. Oleh itu baginda mengirim beberapa orang utusan untuk bertanya kepada Baal-Zebub, dewa orang Filistin di kota Ekron, sama ada baginda akan sembuh atau tidak.

3Tetapi malaikat TUHAN menyuruh Elia, nabi dari Tisbe, berjumpa dengan para utusan Raja Ahazia dan bertanya kepada mereka, “Mengapa kamu pergi bertanya kepada Baal-Zebub, dewa kota Ekron itu? Tidakkah kamu tahu bahawa ada Allah di Israel?

4Beritahulah raja bahawa demikianlah firman TUHAN, ‘Engkau tidak akan sembuh daripada luka-lukamu. Engkau akan mati!’ ”

Setelah Elia menyampaikan firman TUHAN itu,

5para utusan itu kembali kepada raja. Raja bertanya, “Mengapa kamu kembali?”

6Para utusan itu menjawab, “Kami ditemui seorang lelaki yang menyuruh kami kembali dan memberitahu tuanku bahawa TUHAN berfirman demikian kepada tuanku, ‘Mengapakah engkau mengirim utusan untuk bertanya kepada Baal-Zebub, dewa kota Ekron itu? Tidakkah engkau tahu bahawa ada Allah di Israel? Engkau tidak akan sembuh daripada luka-lukamu. Engkau akan mati!’ ”

7Raja bertanya, “Bagaimanakah rupa orang itu?”

8 tali pinggang daripada kulit.”

Raja berseru, “Orang itu Elia!”

9Kemudian raja menyuruh seorang pegawai tenteranya bersama dengan lima puluh orang untuk mendapatkan Elia. Pegawai itu menemui Elia yang sedang duduk di atas bukit, lalu berkata kepadanya, “Hai hamba Allah, raja memerintah kamu turun.”

10Elia menjawab, “Jika saya ini hamba Allah, biarlah api turun dari langit dan membunuh kamu serta anak buahmu!” Pada saat itu juga api turun dan membunuh pegawai itu serta anak buahnya.

11Raja menyuruh seorang pegawai tentera lain bersama dengan lima puluh orang. Mereka pergi dan berkata kepada Elia, “Hai hamba Allah, raja memerintah kamu turun sekarang juga!”

12

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help