1Pada masa itu Nabi Elisa memanggil salah seorang nabi yang dididiknya daripada kumpulan nabi, lalu berkata kepadanya, “Bersiaplah dan pergilah ke Ramot di Gilead. Bawalah bejana yang berisi minyak zaitun.
2Apabila kamu sampai di sana carilah Yehu anak Yosafat, cucu Nimsi. Bawalah dia sendirian ke suatu bilik, terasing daripada sahabat-sahabatnya.
3Lalu tuanglah minyak zaitun ini ke atas kepalanya dan katakan, ‘Dengan ini TUHAN mengisytiharkan bahawa Dia telah melantik engkau menjadi raja Israel.’ Setelah itu tinggalkanlah tempat itu secepat mungkin.”
4Nabi muda itu pergi ke Ramot.
5Di sana dia menjumpai Yehu dan para panglima tentera sedang bermesyuarat. Dia berkata, “Tuan, saya ada berita untuk tuan.”
Yehu bertanya, “Kepada siapakah kamu menyampaikan berita itu?”
“Kepada tuan,” jawabnya.
6 sedang baginda melarikan diri dengan kereta kudanya dalam perjalanan ke Gur, dekat kota Yibleam. Tetapi Raja Ahazia berjaya lari sampai ke Megido lalu mangkat di sana.
28Pegawai-pegawai Raja Ahazia membawa jenazahnya kembali ke Yerusalem dengan sebuah kereta kuda lalu memakamkannya di perkuburan diraja di Kota Daud.
29Raja Ahazia menjadi raja Yehuda pada tahun kesebelas pemerintahan Raja Yoram putera Raja Ahab di Israel.
Permaisuri Izebel Dibunuh30Kemudian Raja Yehu tiba di Yizreel. Apabila Izebel mendengar apa yang telah berlaku, dia mencelaki kelopak matanya, menghias rambutnya, lalu melihat ke bawah dari jendela istana.
31Apabila Raja Yehu lalu di pintu gerbang, Izebel berteriak, “Hai Zimri, pembunuh! Mengapa engkau ke mari?”
32Raja Yehu melihat ke atas lalu bertitah, “Adakah sesiapa yang memihak beta?” Ada dua atau tiga orang pegawai istana melihat ke bawah dari sebuah jendela.
33Lalu Raja Yehu bertitah kepada mereka, “Lemparlah perempuan itu ke bawah!” Mereka pun melemparkan Izebel ke bawah sehingga darahnya terpercik ke tembok dan kepada beberapa ekor kuda di situ. Raja Yehu menggelek jenazah Izebel dengan kuda dan kereta kudanya,
34lalu masuk ke istana dan makan. Setelah itu Raja Yehu bertitah, “Perempuan itu jahanam. Meskipun begitu, kebumikanlah jenazahnya kerana dia puteri raja.”
35Tetapi orang yang hendak mengebumikan jenazah Izebel itu tidak menemukan apa-apa lagi kecuali tengkorak dan tulang-tulang tangan serta kakinya.
361 Raj 21.23 Apabila mereka melaporkan hal itu kepada Raja Yehu, Raja Yehu bertitah, “Hal ini berlaku seperti yang telah difirmankan TUHAN melalui hamba-Nya Elia, ‘Anjing akan makan jenazah Izebel di kawasan Yizreel.
37Sisa-sisa jenazahnya akan bertaburan seperti najis binatang, sehingga tidak dapat dikenali lagi.’ ”
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.