ESTER 2 - Today's Malay Version 1996

Ester menjadi Permaisuri

1Beberapa lama kemudian, walaupun raja sudah tidak murka lagi, raja masih teringat akan perbuatan Permaisuri Wasti dan tindakan yang telah diambil terhadapnya.

2Oleh sebab itu beberapa orang penasihat yang akrab dengan raja berkata, “Mengapakah tuanku tidak mencari anak dara yang cantik untuk tuanku?

3Hendaklah tuanku melantik pegawai di semua wilayah kerajaan, lalu suruhlah mereka membawa semua anak dara yang cantik ke istana wanita di Susan, ibu kota ini. Serahkanlah mereka ke bawah jagaan Hegai, sida-sida yang menjadi ketua rumah tangga istana wanita. Dia akan mengurus mereka dan memberikan perawatan kecantikan kepada mereka.

4Selepas itu, hendaklah tuanku memilih seorang anak dara yang paling tuanku sukai, dan lantiklah dia sebagai permaisuri untuk menggantikan Permaisuri Wasti.”

Raja mendapati nasihat itu baik, lalu melaksanakannya.

5Di ibu kota Susan, ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair. Dia keturunan Kis dan Simei daripada suku Benyamin.

6 bagi seluruh kerajaan dan membahagi-bahagikan banyak sekali hadiah.

Mordekhai Menyelamatkan Raja

19Sementara itu Mordekhai telah diangkat oleh raja menjadi seorang pegawai negeri.

20Sehingga masa itu Ester masih belum memberitahu sesiapa pun bahawa dia berbangsa Yahudi. Mordekhai melarang dia memberitahu sesiapa pun tentang bangsanya. Ester mentaati Mordekhai seperti pada masa dia masih kanak-kanak dan diasuh oleh Mordekhai.

21Pada suatu hari, ketika Mordekhai bertugas di istana, Bigtan dan Teres, iaitu dua orang sida-sida yang mengawal pintu ke bilik-bilik raja, berasa sakit hati terhadap raja. Oleh itu mereka bermuslihat untuk membunuh raja.

22Mordekhai mengetahui muslihat mereka itu lalu memberitahu Permaisuri Ester. Dengan segera Permaisuri Ester memberitahu raja tentang apa yang diketahui oleh Mordekhai.

23Ketika hal itu disiasat, maka nyatalah bahawa laporan itu benar; kedua-dua orang itu dihukum gantung. Kemudian raja memberikan perintah supaya hal itu dicatat di dalam catatan rasmi kerajaan.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help