1Apabila Raja Daud sudah hampir mangkat, baginda memanggil Raja Salomo, putera baginda, dan memberikan pesannya yang terakhir.
2Raja Daud bertitah, “Masa kemangkatan beta sudah sampai. Hendaklah engkau yakin dan berani.
3Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu.
4Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka.
5 tetapi sekarang betalah yang harus menanggung akibat perbuatannya dan betalah yang menderita.
6Engkau tahu apa yang harus dilakukan; jangan biar dia meninggal secara biasa.
7
29Berita tentang Yoab yang telah pergi ke Khemah TUHAN dan berada di sisi mazbah, disampaikan kepada Raja Salomo. Oleh itu Raja Salomo menyuruh orang untuk menanyakan Yoab sebabnya dia pergi ke Khemah TUHAN. Yoab menjawab bahawa dia lari kepada TUHAN kerana dia takut akan Raja Salomo. Oleh itu Raja Salomo menyuruh Benaya membunuh Yoab.
30Benaya pergi ke Khemah TUHAN lalu berkata kepada Yoab, “Raja menyuruh kamu keluar.”
Yoab menjawab, “Tidak. Saya mahu mati di sini.”
Benaya balik kepada raja dan memberitahu baginda jawapan Yoab.
31Raja bertitah, “Laksanakanlah apa yang dikatakan Yoab. Bunuhlah dia dan kebumikanlah dia. Dengan demikian beta dan keturunan Raja Daud yang lain tidak lagi bertanggungjawab terhadap perbuatan Yoab ketika dia membunuh orang yang tidak bersalah.
32TUHAN akan menghukum Yoab kerana pembunuhan yang dilakukannya tanpa pengetahuan Raja Daud, ayahanda beta. Yoab membunuh dua orang yang tidak bersalah, dua orang yang lebih baik daripadanya: Abner panglima tentera Israel dan Amasa panglima tentera Yehuda.
33Hukuman atas kematian dua orang pahlawan itu akan ditanggung oleh Yoab dan keturunannya sampai selama-lamanya. Tetapi TUHAN akan sentiasa memberikan kejayaan kepada keturunan Raja Daud yang duduk di atas takhta baginda.”
34Kemudian Benaya pergi ke Khemah TUHAN, lalu membunuh Yoab. Yoab dikebumikan di rumahnya di luar kota.
35Kemudian Raja Salomo melantik Benaya menjadi panglima tentera untuk menggantikan Yoab, dan melantik Imam Zadok untuk menggantikan Abyatar.
Simei Meninggal36Selepas itu Raja Salomo memanggil Simei dan bertitah kepadanya, “Binalah sebuah rumah bagimu sendiri di sini, di Yerusalem. Tinggallah di situ dan jangan tinggalkan kota.
37Jika engkau keluar dan menyeberangi sungai kecil Kidron, tentu engkau akan dibunuh, dan engkau sendirilah yang bertanggungjawab terhadap kematianmu.”
38“Baiklah tuanku,” jawab Simei. “Hamba akan taat kepada titah tuanku.” Maka Simei tinggal lama di Yerusalem.
39Tetapi tiga tahun kemudian, dua orang abdi Simei lari kepada Raja Akhis anak Maakha, raja Gat. Apabila Simei mendengar bahawa abdi-abdinya berada di Gat,
40dia menunggang keldainya lalu pergi kepada Raja Akhis di Gat untuk mencari mereka. Setelah dia menjumpai mereka, dia membawa mereka pulang.
41Apabila Raja Salomo mendengar hal yang dilakukan Simei,
42baginda memanggil Simei dan bertitah kepadanya, “Tidakkah beta menyuruh engkau bersumpah demi TUHAN bahawa engkau tidak sekali-kali akan meninggalkan Yerusalem? Beta telah memberikan amaran kepadamu bahawa jika engkau berbuat demikian engkau akan mati! Tidakkah engkau telah bersetuju dan berkata bahawa engkau akan taat kepada titah beta?
43Mengapakah engkau mungkir janji dan melanggar perintah beta?
44Engkau tentu tahu akan segala kesalahanmu terhadap Raja Daud, ayahanda beta. Sekarang TUHAN akan menghukum engkau kerana perbuatanmu itu.
45Tetapi Dia akan memberkati beta dan mengukuhkan kerajaan Raja Daud selama-lamanya.”
46Selepas itu Raja Salomo memerintahkan Benaya supaya pergi membunuh Simei. Kini Raja Salomo berkuasa penuh dalam kerajaan baginda.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.