2 RAJA-RAJA 6 - Today's Malay Version 1996

Kepala Kapak Didapati Semula

1Pada suatu hari, kumpulan nabi yang dididik oleh Elisa berkata kepada Elisa, “Tempat tinggal kita terlalu sempit!

2Benarkanlah kami pergi menebang kayu dekat Sungai Yordan, supaya kami dapat membina tempat tinggal di sana.”

“Baiklah,” jawab Elisa.

3Seorang daripada mereka mendesak Elisa supaya mengikut mereka; Elisa bersetuju.

4Oleh itu mereka berangkat bersama-sama. Apabila mereka sampai dekat Sungai Yordan, mereka mula bekerja.

5Semasa seorang daripada mereka menebang sebatang pokok, tiba-tiba mata kapaknya jatuh ke dalam air. Orang itu berseru kepada Elisa, “Apakah yang harus saya lakukan? Kapak itu saya pinjam daripada orang lain!”

6Elisa bertanya, “Di manakah mata kapak itu jatuh?”

Orang itu menunjukkan tempatnya. Elisa memotong sebatang kayu lalu melemparkannya ke tempat itu. Tiba-tiba mata kapak daripada besi itu timbul di permukaan air.

7“Ambillah,” kata Elisa. Orang itu menghulurkan tangannya lalu mengambil mata kapak itu.

Tentera Negeri Siria Dikalahkan

8Pada suatu ketika, raja negeri Siria sedang berperang melawan Israel. Setelah berunding dengan para panglima baginda, raja Siria memilih satu tempat, lalu mendirikan perkhemahan baginda di situ.

9Tetapi Elisa menyuruh orang memberitahukan hal itu kepada raja Israel, serta memberikan amaran supaya mereka tidak mendekati tempat itu, kerana orang Siria sedang mengadang di situ.

10Raja Israel memberikan amaran kepada orang yang tinggal di situ supaya mereka berwaspada. Begitulah beberapa kali Elisa memperingatkan raja.

11Raja negeri Siria menjadi sangat gusar kerana hal itu. Baginda memanggil para panglima lalu bertanya kepada mereka, “Siapakah antara kamu yang berpihak kepada raja Israel?”

12Salah seorang antara mereka menjawab, “Tidak sesiapa, tuanku. Nabi Elisa yang memberitahu raja Israel hal itu, bahkan perkataan yang tuanku ucapkan di bilik tidur.”

13“Carilah dia,” titah raja, “lalu beta akan menangkapnya.”

Apabila raja diberitahu bahawa Elisa berada di Dotan,

14baginda mengirim satu pasukan besar ke sana dengan kuda dan kereta kuda. Pasukan tentera itu tiba di kota itu pada malam hari, lalu mereka mengepung kota itu.

15Esok paginya hamba Elisa bangun, lalu keluar dari rumah dan nampak tentera Siria dengan kuda dan kereta kuda mereka mengelilingi kota itu. Dia balik kepada Elisa dan berseru, “Malanglah kita, tuan! Apakah yang harus kita lakukan?”

16“Janganlah takut,” kata Elisa. “Yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka.”

17Kemudian Elisa berdoa, “Ya TUHAN, celikkanlah mata hambaku ini supaya dia dapat melihat!” TUHAN mengabulkan doanya. Hamba Elisa menengadah dan nampak bukit itu penuh dengan kuda dan kereta kuda berapi di sekeliling Elisa.

18Apabila tentera Siria menyerang mereka, Elisa berdoa, “Ya TUHAN, butakanlah mata semua orang ini!” TUHAN mengabulkan doanya dan membutakan mata mereka.

19Elisa datang kepada mereka dan berkata, “Kamu sesat jalan! Ini bukan kota yang kamu cari. Ikutlah saya. Saya akan membawa kamu kepada orang yang kamu cari itu.” Lalu dia memimpin mereka ke Samaria.

20Setelah mereka masuk ke kota itu, Elisa berdoa, “Celikkanlah mata mereka, ya TUHAN. Biarlah mereka melihat.” TUHAN mengabulkan doanya lalu mencelikkan mata semua orang itu. Mereka pun sedar bahawa mereka berada di kota Samaria.

21Apabila raja Israel nampak tentera Siria, baginda bertanya kepada Elisa, “Tuan, haruskah beta membunuh mereka?”

22“Tidak,” jawab Elisa. “Bahkan askar-askar yang telah tuanku tawan dalam pertempuran pun tidak tuanku bunuh. Berilah mereka makanan dan minuman, dan biarlah mereka pulang kepada raja mereka.”

23Oleh itu raja Israel menyediakan jamuan besar bagi mereka. Setelah mereka makan dan minum, raja menyuruh mereka pulang kepada raja Siria. Sejak itu orang Siria tidak lagi menyerang negeri Israel.

Raja Benhadad Mengepung Samaria

24Tidak berapa lama kemudian, Raja Benhadad dari negeri Siria memimpin seluruh tenteranya melawan Israel dan mengepung kota Samaria.

25Akibatnya, kelaparan yang dahsyat terjadi di kota itu sehingga satu kepala keldai berharga 80 keping wang perak dan 200 gram tahi burung merpati berharga 5 keping wang perak.

26Raja Israel sedang berjalan di atas tembok kota apabila seorang perempuan berseru kepadanya, “Tuanku, tolonglah hamba!”

27Raja menjawab, “Jika TUHAN tidak menolong kamu, bagaimana pula beta dapat menolong? Beta tidak mempunyai gandum ataupun wain!

28Apakah masalahmu?”

Perempuan itu berkata, “Perempuan ini telah mencadangkan supaya hamba berdua makan anak hamba dahulu, lalu hari berikutnya makan anaknya.

29 pun tiba dan bertitah, “TUHAN yang telah mendatangkan kesusahan ini kepada kita! Apakah gunanya beta menunggu pertolongan-Nya?”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help