KELUARAN 19 - Today's Malay Version 1996

Orang Israel di Gunung Sinai

1-2Kemudian orang Israel meninggalkan Rafidim. Pada hari pertama bulan ketiga setelah mereka keluar dari Mesir, mereka sampai di padang gurun Sinai. Mereka memasang khemah di situ, di kaki Gunung Sinai.

3Musa naik ke atas gunung itu untuk bertemu dengan Allah.

TUHAN memanggil Musa dari gunung itu dan menyuruh dia memberitahu orang Israel, keturunan Yakub,

4“Kamu telah melihat apa yang Aku lakukan kepada orang Mesir, dan bagaimana Aku membawa kamu kepada-Ku di tempat ini, seperti seekor burung helang yang membawa anaknya di atas sayapnya.

5

19Bunyi trompet semakin kuat. Musa berkata-kata dan Allah menjawabnya dengan guruh.

20TUHAN turun di atas puncak Gunung Sinai, lalu memanggil Musa ke atas gunung itu. Musa mendaki gunung,

21lalu TUHAN berfirman kepadanya, “Turunlah dan ingatkan umat supaya tidak melintasi sempadan itu untuk melihat Aku. Jika mereka melintasinya, banyak orang akan mati.

22Imam-imam sekalipun yang datang menghampiri Aku mesti menyucikan diri. Jika tidak, Aku akan menghukum mereka.”

23Musa berkata kepada TUHAN, “Umat tidak dapat naik ke sini, kerana Engkau telah menyuruh kami menganggap gunung ini suci dan membuat sempadan di sekelilingnya.”

24TUHAN menjawab, “Turunlah, lalu baliklah ke sini bersama-sama Harun. Tetapi para imam dan umat yang lain tidak boleh melintasi sempadan itu untuk datang kepada-Ku. Jika mereka melintasinya, Aku akan menghukum mereka.”

25Kemudian Musa turun untuk menemui umat dan memberitahu mereka apa yang telah difirmankan TUHAN.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help