1Kemudian Imam Agung bertanya kepada Stefanus, “Betulkah semua tuduhan itu?”
2Stefanus menjawab, “Saudara-saudara dan bapa-bapa! Dengarkan saya! Sebelum nenek moyang kita Abraham berpindah ke Haran, Allah yang mulia menampakkan diri kepada dia di Mesopotamia.
3 Nabi itu dipilih-Nya daripada bangsa kamu sendiri.’
38
471 Raj 6.1-38; 2 Taw 3.1-17 Tetapi Salomo itulah yang membina rumah itu untuk Allah.
48Tetapi Allah Yang Maha Tinggi tidak tinggal di dalam rumah buatan manusia, kerana di dalam kitab nabi tertulis,
49‘Langit takhta-Ku, dan bumi alas kaki-Ku.
Rumah apakah yang mahu kamu bina untuk-Ku?
Di manakah tempat kediaman-Ku?
50 Yes 66.1-2 Bukankah Aku sendiri yang menjadikan segala sesuatu?’ begitulah firman Allah.
51 Yes 63.10 Alangkah kerasnya kepala saudara-saudara! Alangkah degilnya saudara semua, sehingga tidak mahu taat kepada Allah dan tidak mahu mendengar firman Allah! Saudara-saudara seperti nenek moyang saudara semua; saudara semua selalu melawan Roh Allah!
52Adakah seorang nabi yang tidak dianiaya oleh nenek moyang saudara semua? Mereka membunuh pesuruh-pesuruh Allah yang dahulu kala mengumumkan kedatangan Hamba Allah yang melakukan kehendak-Nya. Sekarang saudara-saudara sudah mengkhianati dan membunuh Dia.
53Saudara-saudara sudah menerima Taurat Allah yang disampaikan oleh malaikat-malaikat, tetapi saudara-saudara tidak mentaati Taurat itu!”
Stefanus Direjam54Sementara anggota-anggota Majlis Agama mendengar semua yang dikatakan oleh Stefanus, mereka meradang dan marah sekali terhadapnya.
55Tetapi Stefanus yang dikuasai oleh Roh Allah, menengadah ke langit. Dia melihat kemuliaan Allah, serta Yesus yang berdiri di tempat berkuasa di sebelah kanan Allah.
56“Lihatlah,” katanya, “saya melihat syurga terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Allah!”
57Lalu anggota-anggota Majlis Agama berteriak-teriak sambil menutup telinga. Dengan serentak mereka menyerang Stefanus.
58Mereka mengheret dia ke luar bandar lalu merejam dia. Orang yang menyaksikan peristiwa itu meletakkan pakaian mereka dekat kaki seorang muda bernama Saulus.
59Sementara mereka melempari Stefanus dengan batu, Stefanus berseru kepada Tuhan, “Tuhan Yesus, terimalah diriku!”
60Lalu dia berlutut dan berseru dengan suara keras, “Ya Tuhan, ampunkanlah dosa mereka!” Setelah berkata demikian, dia pun meninggal.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.