MAZMUR 6 - Today's Malay Version 1996

Doa Minta Tolong

1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud.

2 Mzm 38.2 Ya TUHAN, janganlah marah aku ketika Engkau murka!

Janganlah hukum aku ketika Engkau marah!

3Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku penat;

pulihkanlah aku kerana aku sungguh letih.

4Hatiku resah gelisah.

Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN?

5TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku,

selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu.

6Di alam maut Engkau tidak diingat lagi;

tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati.

7Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan;

setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan;

bantalku dibasahi air mata.

8Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis,

semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku.

9 Mat 7.23; Luk 13.27 Nyahlah, hai orang jahat!

TUHAN mendengar tangisanku;

10Dia mendengar permohonanku,

dan mengabulkan doaku.

11Semua musuhku akan cemas dan malu

dan segera mundur dengan tersipu-sipu.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help