MAZMUR 96 - Today's Malay Version 1996

Allah, Raja yang Agung(1 Taw 16.23-33)

1Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN!

Bernyanyilah untuk TUHAN, hai seluruh dunia!

2Bernyanyilah untuk TUHAN, dan pujilah Dia!

Setiap hari isytiharkanlah berita baik bahawa Dia telah menyelamatkan kita.

3Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,

dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.

4TUHAN itu agung dan mesti dipuji setinggi-tingginya,

Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.

5Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,

tetapi TUHAN pencipta angkasa raya.

6Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,

tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan semarak-Nya.

7Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!

Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya!

8Pujilah nama TUHAN yang mulia;

bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.

9

gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!

10Katakanlah kepada semua bangsa, “TUHAN itu raja!

Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang;

Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil.”

11Bersukacitalah, hai bumi dan langit!

Berderulah, hai laut dan segala isimu!

12Bergembiralah, hai ladang-ladang dan segala tanamanmu!

Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,

13apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.

Dia akan memerintah penduduk dunia

dengan jujur dan adil.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help