1Raja Amazia menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Bondanya ialah Yoadan dari Yerusalem.
2Raja Amazia melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN, tetapi tidak melakukannya dengan sepenuh hati.
3Sebaik sahaja pemerintahannya kukuh, baginda membunuh pegawai-pegawai yang membunuh ayahandanya dahulu,
4
18Raja Yehoas menghantar utusan itu kembali kepada Raja Amazia dengan jawapan ini, “Pada suatu masa semak berduri di pergunungan Lebanon mengirim berita kepada pokok sedar, ‘Benarkanlah anak perempuanmu berkahwin dengan anak lelakiku.’ Tetapi seekor binatang liar lalu di sana dan menginjak-injak semak berduri itu.
19Hai Raja Amazia, tuanku membesar-besarkan diri kerana tuanku telah mengalahkan orang Edom; tetapi beta menasihatkan tuanku supaya tinggal sahaja di rumah. Mengapa mencari-cari masalah yang akhirnya akan mendatangkan bencana bagi tuanku dan rakyat tuanku?”
20Raja Amazia tidak mempedulikan nasihat itu. Memang sudah kehendak Allah agar Raja Amazia dikalahkan, kerana baginda telah menyembah berhala-berhala orang Edom.
21Oleh itu Raja Yehoas dari Israel berperang melawan Raja Amazia dari Yehuda. Mereka bertempur di Bet-Semes di Yehuda.
22Pasukan tentera Yehuda kalah, lalu askar-askarnya lari ke rumah masing-masing.
23Raja Yehoas menangkap Raja Amazia lalu membawanya ke Yerusalem. Di sana Raja Yehoas merobohkan tembok kota sepanjang hampir 200 meter dari Pintu Gerbang Efraim sampai ke Pintu Gerbang Sudut.
24Semua emas dan perak di Rumah TUHAN, serta semua perkakas di bawah pengawasan keturunan Obed-Edom, juga semua harta benda istana, dibawanya ke Samaria. Raja Yehoas juga membawa beberapa orang tebusan.
25Raja Amazia, raja Yehuda, hidup lima belas tahun lebih lama daripada Raja Yehoas, raja Israel.
26Segala perbuatan Raja Amazia, dari permulaan hingga akhir pemerintahannya, tercatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Yehuda dan Israel.
27Sejak Raja Amazia memberontak terhadap TUHAN, orang berkomplot menentang baginda di Yerusalem. Akhirnya, baginda lari ke kota Lakhis, tetapi musuhnya mengejar baginda lalu membunuh baginda.
28Jenazah baginda dibawa ke Yerusalem di atas seekor kuda, lalu dimakamkan di makam diraja di Kota Daud.
Who We AreWhat We EelieveWhat We Do
2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.