YESAYA 39 - Today's Malay Version 1996

Para Utusan dari Babilonia(2 Raj 20.12-19)

1Kira-kira pada masa itu, raja Babilonia, iaitu Raja Merodakh Baladan anak Baladan mendengar bahawa Raja Hizkia gering dan baru sembuh. Oleh itu raja Babilonia mengirim sepucuk surat dan sebuah hadiah kepada Raja Hizkia.

2Raja Hizkia menyambut kedatangan para utusan itu dan menunjukkan kekayaannya kepada mereka - perak dan emasnya, rempah-rempah dan minyak wangi, serta segala perlengkapan tenteranya. Tiada satu pun di gudangnya atau di seluruh kerajaannya yang tidak ditunjukkan kepada mereka.

3Kemudian Nabi Yesaya menghadap Raja Hizkia dan bertanya, “Dari manakah semua orang ini, dan apa kata mereka?”

Raja Hizkia menjawab, “Mereka datang dari Babilonia, negeri yang sangat jauh.”

4“Apakah yang dilihat mereka di istana?” tanya Yesaya lagi.

“Mereka melihat segala-galanya. Tiada satu pun di gudang yang tidak beta tunjukkan kepada mereka,” jawab Raja Hizkia.

5Lalu Yesaya berkata kepada raja, “Menurut firman TUHAN Yang Maha Kuasa,

6masanya akan tiba apabila segala sesuatu di istana tuanku, segala yang telah dikumpulkan oleh nenek moyang tuanku hingga hari ini, akan dibawa ke Babilonia. Tiada satu pun yang tinggal.

7Dan 1.1-7; 2 Raj 24.10-16; 2 Taw 36.10 Beberapa orang daripada keturunan tuanku sendiri akan dibawa dan dijadikan sida-sida untuk bertugas di istana raja Babilonia.”

8Raja Hizkia berfikir bahawa selama hidup baginda, kerajaannya akan aman dan damai. Oleh itu baginda menjawab, “Firman TUHAN yang kamu sampaikan itu baik.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help