HOSEA 11 - Today's Malay Version 1996

Allah Mengasihi Umat-Nya yang Suka Memberontak

1 memanggil mereka,

semakin mereka menjauhi Aku.

Umat-Ku mempersembahkan korban kepada Baal;

mereka membakar kemenyan kepada berhala-berhala.

3Padahal Akulah yang mengajar Israel berjalan.

Aku memeluk umat-Ku dengan kasih sayang;

Aku memelihara mereka

tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat itu.

4Aku mendekatkan mereka

dengan penuh kasih sayang.

Aku mendukung dan mencium mereka,

Aku membongkok dan memberi mereka makan.

5Mereka tidak mahu kembali kepada-Ku. Oleh itu mereka mesti kembali ke Mesir, dan bangsa Asyur akan memerintah mereka.

6Peperangan akan melanda kota-kota mereka, dan pintu gerbang kota akan dirobohkan. Umat-Ku akan dimusnahkan kerana mereka menurut kemahuan mereka sendiri.

7Mereka berkeras hendak meninggalkan Aku. Mereka akan berseru minta tolong kerana tertindas, tetapi tiada sesiapa pun akan membebaskan mereka.

8

Aku tidak sampai hati berbuat demikian.

Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.

9Aku tidak akan menghukum kamu apabila Aku murka;

Aku tidak akan membinasakan Israel lagi,

kerana Aku ini Allah dan bukan manusia.

Aku, Yang Maha Suci menyertai kamu,

Aku tidak akan murka kepada kamu lagi.”

10TUHAN berfirman, “Aku akan mengaum seperti singa terhadap musuh umat-Ku, dan umat-Ku akan mengikut Aku. Dari sebelah barat mereka akan cepat-cepat datang kepada-Ku.

11Dari Mesir mereka akan terbang kepada-Ku secepat burung, dan dari Asyur seperti merpati. Aku akan membawa mereka pulang ke rumah mereka semula. Aku, TUHAN telah berfirman.”

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help