KIDUNG AGUNG Kata Pengantar - Today's Malay Version 1996
Kata Pengantar Kidung Agung adalah kumpulan nyanyian cinta. Sebahagian besar kitab ini merupakan nyanyian bersahut-sahutan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Dalam beberapa buah terjemahan, kitab ini diberi nama Kidung Salomo kerana dalam ayat pertama Raja Salomo disebut sebagai pengarangnya.Nyanyian-nyanyian ini sering ditafsirkan oleh orang Yahudi sebagai hubungan antara Allah dengan umat-Nya, dan oleh umat Kristian sebagai hubungan antara Kristus dengan Jemaah-Nya.KandunganNyanyian Pertama 1.1—2.7Nyanyian Kedua 2.8—3.5Nyanyian Ketiga 3.6—5.1Nyanyian Keempat 5.2—6.3Nyanyian Kelima 6.4—8.4Nyanyian Keenam 8.5-14