YESAYA 64 - Today's Malay Version 1996

1Koyakkanlah langit dan turunlah, ya TUHAN! Gunung akan melihat Engkau, lalu gunung bergoncang kerana ketakutan.

2Gunung akan bergegar seperti air yang mendidih di atas api. Marilah tunjukkan kuasa-Mu kepada musuh-musuh-Mu, dan buatlah bangsa-bangsa gementar di hadapan-Mu.

3Dahulu Engkau datang melakukan perkara-perkara yang mengerikan, yang tidak kami sangka. Engkau turun, dan gunung-gunung bergoncang kerana ketakutan.

4 kami binasa kerana dosa kami.

8Tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN. Kami ini seperti tanah liat, dan Engkau seperti tukang periuk. Engkaulah yang menciptakan kami.

9Oleh itu janganlah terlalu murka terhadap kami, ataupun mengingat dosa kami selama-lamanya. Kami umat-Mu, kasihanilah kami.

10Kota-kota-Mu yang suci menjadi seperti padang gurun. Yerusalem telah menjadi runtuhan yang lengang

11dan Rumah TUHAN, rumah yang suci dan indah, tempat nenek moyang kami memuji Engkau dahulu, telah dimusnahkan api. Semua tempat yang kami sukai telah menjadi runtuhan.

12Ya TUHAN, tidakkah Engkau terharu oleh segala kejadian itu? Tidakkah Engkau hendak bertindak? Adakah Engkau akan membiarkan kami menderita dengan amat sangat?

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help