1 KORINTUS 4 - Today's Malay Version 1996

Rasul-Rasul Kristus

1Kamu harus menganggap kami sebagai hamba Kristus, yang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan rancangan Allah yang belum diketahui oleh dunia.

2Inilah sifat utama yang harus dimiliki oleh seorang hamba seperti itu: Dia harus setia kepada tuannya.

3Aku tidak menghiraukan apa yang kamu fikirkan tentang diriku ataupun apa yang difikirkan oleh sesiapa pun tentang diriku. Apa yang aku fikirkan tentang diriku sendiri pun tidak penting.

4Aku tidak berasa bersalah, tetapi hal itu tidak membuktikan bahawa aku tidak bersalah. Tuhan sahaja yang berhak menentukan sama ada aku bersalah atau tidak.

5Oleh itu, janganlah kamu buat keputusan bahawa seseorang bersalah atau tidak, sebelum waktunya. Tunggulah sehingga Tuhan datang kelak; Dia akan mendedahkan segala rahsia yang tersembunyi dalam kegelapan. Dia juga akan membongkar segala niat yang terpendam di dalam hati manusia. Barulah setiap orang akan mendapat pujian yang layak diterimanya daripada Allah.

6Saudara-saudaraku! Demi kepentingan kamu, semua itu sudah aku kenakan kepada Apolos dan diriku sendiri. Dengan menggunakan diri kami sebagai contoh, kamu dapat memahami erti pepatah ini, “Patuhlah kepada peraturan yang ada.” Oleh itu tidak seorang pun antara kamu dapat membanggakan seseorang, dan menghina yang lain.

7Siapakah yang menjadikan dirimu lebih baik daripada orang lain? Bukankah Allah yang mengurniai kamu segala yang kamu miliki? Oleh itu, bagaimanakah kamu dapat membanggakan diri, seolah-olah apa yang kamu miliki itu bukan suatu kurnia?

8Memang kamu tidak memerlukan apa-apa lagi! Memang kamu sudah kaya! Kamu sudah menjadi raja, tetapi kami tidak. Alangkah baiknya jika kamu benar-benar raja, supaya kami dapat memerintah bersama-sama kamu.

9Hal itu demikian, kerana pada pendapatku, Allah memberikan kedudukan yang paling hina kepada kami rasul-rasul. Kami seperti orang yang dijatuhi hukuman mati di hadapan umum, dan dijadikan tontonan untuk semua malaikat dan umat manusia.

10Kerana Kristus, kami menjadi orang bodoh, tetapi kerana Kristus kamu menjadi bijak. Kami lemah, tetapi kamu kuat! Kami dihina, tetapi kamu dihormati!

11Sampai saat ini kami lapar dan haus; baju kami buruk; kami dipukul; kami tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap;

12 dalam kehidupan seseorang dinyatakan oleh kekuatan hidupnya dan bukan oleh kata-katanya.

21Yang manakah pilihan kamu? Haruskah aku datang kepada kamu untuk mengajar dengan keras, atau datang untuk mengajar dengan kasih sayang dan kelembutan?

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help