MAZMUR 112 - Today's Malay Version 1996

Kebahagiaan Orang Baik

1Pujilah TUHAN!

Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN,

yang suka mentaati perintah-Nya.

2Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini;

keturunannya akan diberkati.

3Keluarganya akan menjadi kaya-raya,

dan dia akan makmur selama-lamanya.

4Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur;

dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil.

5Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman,

serta jujur dalam segala urusan.

6Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal;

dia akan diingat selama-lamanya.

7Dia tidak takut menerima berita buruk;

hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN.

8Dia tidak khuatir ataupun takut

kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan.

9 2 Kor 9.9 Dia memberikan sedekah kepada orang miskin,

dia selalu murah hati,

dia akan berkuasa dan dihormati orang.

10Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah;

mereka memandang aku dengan kebencian.

Lalu mereka binasa;

harapan mereka lenyap selama-lamanya.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help