2 TAWARIKH 20 - Today's Malay Version 1996

Peperangan Menentang Edom

1Beberapa lama kemudian, tentera Moab dan Amon bersama-sama sekutu mereka, tentera Meunim, menyerang Yehuda.

2Beberapa orang utusan menghadap Raja Yosafat dan memberitahu baginda, “Angkatan perang yang besar dari Edom telah datang dari seberang Laut Mati untuk menyerang tuanku. Mereka telah merebut Hazezon-Tamar.” (Hazezon-Tamar ialah nama lain bagi En-Gedi.)

3Raja Yosafat takut lalu berdoa kepada TUHAN meminta petunjuk. Kemudian baginda memerintah penduduk negeri supaya berpuasa.

4Dari tiap-tiap kota di Yehuda, rakyat pergi ke Yerusalem untuk minta pertolongan daripada TUHAN.

5Bersama-sama penduduk Yerusalem, mereka berkumpul di halaman baru di Rumah TUHAN. Raja Yosafat berdiri di hadapan rakyat

6lalu berdoa dengan suara kuat, “Ya TUHAN, Allah nenek moyang kami, dari takhta-Mu di syurga, Engkau memerintah bangsa-bangsa di bumi ini. Engkau berkuasa dan perkasa! Tiada sesiapa pun dapat melawan Engkau.

7 wabak, atau kelaparan, mereka dapat datang kepada-Mu dan berdiri di hadapan rumah ibadat ini. Ketika dalam kesusahan, mereka dapat berdoa kepada-Mu dan Engkau akan mendengar serta menolong mereka.

10 bekalan, pakaian, dan barang-barang berharga. Selama tiga hari mereka mengumpulkan barang jarahan itu, tetapi mereka tidak dapat mengambil semuanya kerana barang-barang itu terlalu banyak.

26Pada hari keempat, mereka berkumpul di Lembah Beraka, lalu memuji TUHAN bagi segala yang telah dilakukan-Nya. Itulah sebabnya lembah itu dinamakan Lembah Beraka.

27Demikianlah Raja Yosafat memimpin tenteranya kembali ke Yerusalem dengan kemenangan, kerana TUHAN telah mengalahkan musuh mereka.

28Ketika mereka sampai di kota, mereka pergi ke Rumah TUHAN, dengan iringan kecapi dan trompet.

29Tiap-tiap bangsa menjadi takut apabila mendengar tentang cara TUHAN mengalahkan musuh Israel.

30Dengan demikian Raja Yosafat dapat memerintah dengan aman, dan Allah memberi Raja Yosafat ketenteraman di seluruh negeri.

Akhir Pemerintahan Raja Yosafat(1 Raj 22.41-50)

31Raja Yosafat menjadi raja Yehuda ketika baginda berumur tiga puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh lima tahun. Bondanya ialah Azuba anak Silhi.

32Seperti ayahandanya dahulu, Raja Yosafat melakukan apa yang benar di sisi TUHAN,

33tetapi tempat-tempat penyembahan berhala tidak dimusnahkan. Rakyat belum juga beribadat dengan sepenuh hati kepada Allah nenek moyang mereka.

34Segala perbuatan Raja Yosafat, dari permulaan pemerintahannya sehingga akhir, tercatat di dalam kitab Sejarah Yehu Anak Hanani, iaitu sebahagian daripada kitab Sejarah Raja-Raja Israel.

35Pada suatu masa, Raja Yosafat mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia dari Israel, yang melakukan banyak kejahatan.

36Mereka membina kapal-kapal besar di Ezion-Geber,

37tetapi Eliezer anak Dodawa dari kota Maresa memberikan amaran kepada Raja Yosafat. Katanya, “Oleh sebab tuanku mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia, TUHAN akan memusnahkan apa yang telah tuanku bina.” Kemudian kapal-kapal yang telah dibina itu musnah dan tidak dapat belayar sama sekali.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help