MAZMUR 79 - Today's Malay Version 1996

Doa bagi Pembebasan Bangsa

1 2 Raj 25.8-10; 2 Taw 36.17-19; Yer 52.12-14 Mazmur Asaf.

Ya Allah, orang yang tidak mengenal Engkau

telah menyerang tanah-Mu.

Mereka telah menajiskan

Rumah-Mu yang suci

dan meruntuhkan Yerusalem.

2Mayat umat-Mu ditinggalkan mereka untuk dimakan burung pemakan bangkai.

Mayat hamba-hamba-Mu dibiarkan mereka untuk dimakan binatang liar.

3Mereka menumpahkan darah umat-Mu seperti air;

darah mengalir di seluruh Yerusalem,

dan tiada orang yang tinggal untuk menguburkan orang mati.

4Bangsa-bangsa di sekeliling mengejek kami;

mereka mentertawakan serta mengolok-olokkan kami.

5Ya TUHAN, berapa lamakah Engkau akan murka terhadap kami?

Adakah kemurkaan-Mu akan terus membakar seperti api?

6Murkailah bangsa-bangsa yang tidak menyembah Engkau;

orang yang tidak berdoa kepada-Mu,

7kerana mereka telah membunuh umat-Mu

dan merosakkan negeri-Mu.

8Jangan hukum kami kerana dosa nenek moyang kami,

tetapi kasihanilah kami sekarang

kerana kami putus asa.

9Tolonglah kami, ya Allah, penyelamat kami;

demi kehormatan-Mu sendiri,

selamatkanlah kami dan ampunkanlah dosa kami.

10Jangan biarkan bangsa-bangsa lain bertanya,

“Di manakah Allah kamu?”

Hukumlah bangsa-bangsa itu di hadapan kami

kerana menumpahkan darah hamba-hamba-Mu.

11Dengarlah rintihan orang tawanan,

dan dengan kuasa-Mu yang besar, bebaskanlah mereka yang dihukum mati.

12Ya Tuhan, balaslah bangsa-bangsa itu tujuh kali ganda,

bagi segala hinaan yang telah dilemparkan kepada-Mu.

13Lalu kami, umat-Mu,

domba-domba-Mu,

akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya,

dan memuji-Mu sampai turun-temurun.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help