2 RAJA-RAJA 12 - Today's Malay Version 1996

Raja Yoas, Raja Yehuda(2 Taw 24.1-16)

1Pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Yehu di Israel, Raja Yoas menjadi raja Yehuda. Raja Yoas memerintah di Yerusalem selama empat puluh tahun. Bondanya bernama Zibya, orang dari kota Bersyeba.

2Seumur hidupnya Raja Yoas melakukan perkara-perkara yang diperkenankan TUHAN, kerana Imam Yoyada menasihati baginda.

3Walaupun demikian, tempat penyembahan dewa tidak dimusnahkan, dan rakyat masih mempersembahkan korban serta membakar kemenyan di situ.

4

11Setelah mencatat jumlah wang dengan tepat, mereka menyerahkan wang itu kepada para pegawai yang mengawasi perbaikan Rumah TUHAN. Para pegawai itu pula membayar upah tukang kayu, jurubina,

12tukang batu, dan pemahat batu. Mereka juga membeli kayu dan batu untuk memperbaiki Rumah TUHAN, serta membayar semua perbelanjaan lain.

13Wang itu tidak digunakan untuk membayar pembuatan cawan perak, mangkuk, trompet, atau alat-alat pelita, atau perkakas lain yang dibuat daripada perak atau emas.

14Semua wang itu digunakan untuk membayar upah tukang dan untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.

15

20-21Para pegawai Raja Yoas berkomplot melawan baginda. Dua orang daripada mereka, iaitu Yozakar anak Simeat dan Yozabad anak Somer, membunuh Raja Yoas di rumah yang dibina di atas timbunan tanah di sebelah timur Yerusalem, iaitu di jalan ke kota Sila. Raja Yoas dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud, lalu Amazia, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.

Blog
About Us
Message
Site Map

Who We AreWhat We EelieveWhat We Do

Terms of UsePrivacy Notice

2025 by iamachristian.org,Inc All rights reserved.

Home
Gospel
Question
Blog
Help